PKR tak debat dengan RPK


PKR ada sebab untuk tidak senang dengan perkembangan baru tuisan Raja Petra. Tetapi tidak senang itu jangan reaksinya sampai berlebihan, hingga dilihat berperang dengan RPK dari berperang dengan Umno dan Barisan Nasional. Jika apa yang RPK tulis itu dirasakan tidak tepat, PKR boleh nafikan secara yang sesuai tetapi tidak perlu mencabarnya hingga dia menjadi musuh baru, tambahan kepada musuh-musuh yang sedia ada. Media pro-PKR boleh membuat penjelasan tetapi tidak mencabarnya berdebat.

Haji Subky Abdul Latif, The Malaysian Insider 

Apa jua baru dan kecenderungan tulisan Raja Petra Kamarudin dia adalah seorang penulis yang seboleh-bolehnya tidak dirasakan memihak ke situ atau memihak ke sini, menjadi pro orang itu atau orang ini.

Idealnya begitu, penulis itu mahunya jadi seorang yang bebas dan tidak terikat ke mana-mana, kecuali dia mewakili satu aliran kepercayaan, baik secara berkumpul mahu pun bersendirian, maka dia berpegang kepada kepercayaannya dan memeliharanya dari tercemar.

Sekali pun penonjolan awalnya mungkin tidak sama lagi dengan kecenderungan baru, tetapi itulah perkembangan dalam pencarian identitinya.

Oleh kerana dia bersendirian, maka orang tidak boleh berkata begitu dan begini tentang sikap dan pendiriannya.

Dia berjaya membina keberadaannya dalam dunia media baru, ada nama, ada pengaruh dan mungkin ada cita-cita sendiri.

Asalnya dia dilihat bersama kebangkitan Anwar Ibrahim membebskan diri belenggu politik Dr Mahathir  Mohamad dan Umno/kerajaan yang dikusai Dr Mahathir. Memang dia disenangi oleh mereka yang jemu dengan kerenah Dr Mahathir dan belenggu berpanjangan Umno.

Kecenderungannya dilihat seperti berubah. Sasarannya mula ada yang ditujukan terhadap kedudukan kumpulan kerajaan menunggu pimpinan Anwar Ibrahim. Seperti isu pengendalian pengeluaran pasir oleh kerajaan Selangor hingga dibabitkan dua ADUN PKR.

PKR ada sebab untuk tidak senang dengan perkembangan baru tuisan Raja Petra. Tetapi tidak senang itu jangan reaksinya sampai berlebihan, hingga dilihat berperang dengan RPK dari berperang dengan Umno dan Barisan Nasional.

Jika apa yang RPK tulis itu dirasakan tidak tepat, PKR boleh nafikan secara yang sesuai tetapi tidak perlu mencabarnya hingga dia menjadi musuh baru, tambahan kepada musuh-musuh yang sedia ada. Media pro-PKR boleh membuat penjelasan tetapi tidak mencabarnya berdebat.

Jika ada perdebatan panjang, RPK tidak banyak rugi kalau dia kalah kerana dia adalah bersendirian. Menang PKR ke atasnya pun tidak seuntung mana. Tetapi banyak ruginya kalau yang kalah debat itu PKR.

Kemasyhuran Raja Petra ialah kerana tulisan dan saranannya dapat memenuhi selera dan kemahuan umum. Pandangannya dan laporan dapat memenuhi apa orang lain tidak dapat sampaikan.

Sebaik mana dan setepat mana pun sumbangan seseorang tidak akan sampai ke mana jika ia tidak disambut oleh orang ramai. Dia dapat tempat di hati kerana dia lebih banyak membela golongan tertindas.

Dalam menegakkan keadilan dan kebenaran, kita mesti sentiasa bersama membela orang yang tertindas. Walau pun kadang-kadang orang yang menindas itu ada juga betulnya, tetapi dalam menyatakan betul satu dua perkara orang menindas, jangan sampai kita dilihat sebagai memihak kepada penindas. Dan jangan sampai orang merasa kita pula menindas orang yang tindas.

Sebarang yang tidak betul golongan penindas mesti ditentang habis-habisan, tetapi yang tidak betul golongan tertindas tidak wajar dilayan sama seperti menghadapi orang yang menindas. Kita wajar nasihat orang tertindas itu jangan buat begitu dan begini.

Kelemahan orang bebas dalam membebaskan dirinya dari terikat kepada satu-satu pihak ialah cuba menyamakan dua pihak yang tidak sama. Dua pihak yang tidak sama itu boleh diibarat satu baik dan yang satu lagi tidak baik. Untuk menunjukkan dia bebas, dia boleh menegur yang baik dan dia juga boleh menegur yang tidak baik.

Apa yang terjadi, tegurannya kepada yang baik itu sama dengan tegurannya kepada yang tidak baik, hingga seolah-olah yang baik itu sama saja dengan yang tidak baik.

Ada dua kejadian yang perlu diperhatikan. Pertama, Konsol Kehormat Mongolia di Malaysia. Dia bersungguh membela wanita Mongolia yang terbunuh di Malaysia. Tiba-tiba berubah dan terus diam. Kedua seorang P. Balasubramaniam, penyiasat bebas ada afidavit di mahkamah memihak kepada Altantuya. Tiba-tiba berubah, ada afidavit dan hilang.

Tetapi penulis bebas boleh berubah dari membela satu pihak ke pihak yang lain dan pihak yang pernah dibela itu tidak lagi dibela, bahkan sebaliknya?

Kiranya RPK berubah menjauhkan diri dari PKR, PKR tidak boleh buat apa. Yang menentukan PPK terus mendapat sanjungan ramai ialah penyokongnya. Jika yang ramai itu merasakan PRK bukan lagi PRK dulu, mereka boleh menentukan dia batul atau sabut.

Apa pun tidak banyak untungnya bermusuh dengan RPK.

 



Comments
Loading...