Ku bermohon kasih, ku bermohon sayang- Najib mohon maaf


SAKMONGKOL AK47

Sedikit komen keatas mohon maaf oleh Najib Razak. 

Tugas dan misi rakyat semua ialah membantu Najib membuktikan kejujuran permohonan maaf nya. Cara yang terbaik membantu PM Najib ialah memastikan dia menjadi ketua pembangkang dalam parlimen yang akan datang.

Kenapa? Dengan cara yang demikian, pengucapan mohon maaf akan menjadi perbuatan dan perlaksanaan.

Ini bukan isiu sombong. Kalau sombong, kita boleh melupakan dengan senang orang yang sombong. Ini isiu kerajaan yang korap dan lemah. Ini isiu sebuah kerajaan yang setelah 50 tahun lebih memerintah, masih gagal meningkatkan kesejahteraan rakyat bumiputera.

Ini isu kerajaan yang kleptokratik- yang membenarkan pimpinan politik kerajaan dan pentadbir kerajaan menyalah guna kuasa untuk mendapat sumber kekayaan. Kleptocracy ialah kerajaan oleh pencuri untuk pencuri.

Penyenaraian FGV akan menyebabkan FELDA hilang 2 billion lebih dari bajet untuk mengurus dan mentadbir Felda. Dari penyenaraian tersebut, Felda akan mendapat sebahagian kecil keuntungan dari IPO tersebut. Daripada bahagian tersebut, Felda akan bayar hutang EPF sebanyak 3 billion. Dari bahagian tersebut juga Felda kena bayar durian runtuh kepada peneroka dan warga KPF.

Setelah tempoh bulan madu habis, apa akanjadi pada masa depan Felda dimana 112,000 peneroka terdiri dari majority nya Melayu? Boleh kah Felda menyediakan kemudahan dan khidmat pada tahap yang sedia ada dengan bajet sebanyak RM 400-500 juta setahun?

Dan bahagian besar untung dari IPO pergi kepada mana? Ianya pergi ke kantung pejabat PM.

Dan PM Najib memohon maaf daripada rakyat diatas corporate deception ini?

Jika rakyat memaafkan dan menyambung hayat pimpinan UMNO dan BN, negara ini akan menuju kepada suatu mutation demokrasi – oligarchy iaitu pemerintahan oleh elit politik dan elit bisnes. Malah, inilah yang kita sedang lihat terjadi depan mata kita akibat merelakan pemerintahan UMNO dan BN.

Kita kena faham mengenai saikoloji penyokong dan pimpinan UMNO. UMNO bukan di pacu oleh perjuangan suatu seruan. Mereka semua adalah in business. Budaya UMNO adalah budaya tender-preneurship.

Kita jangan terpedaya apabila PM Najib memohon maaf diatas keterlaluan kerajaan BN pada tahun 2008. Disebalik permohonan maaf tersebut terkandung  salah satu penyebab penolakan rakyat kepada BN. iaitu bongkak dan sombong. Bolehkah sombong yang tersurat mahu di nyahkan dengan kesombongan yang tersirat?

Mohon maaf Najib sebenarnya, adalah pompous arrogance yang di salut dengan gula. Kenapa kita kata pompous arrogance? Kerana ianya mengandung fikiran bahawa UMNO dan BN memiliki monopoli dan hakmilik kekal untuk memerintah negara sesuka hati. Sudah sampai masa nya rakyat menyedari bahawa semua kita, parti politik menawarkan diri untuk di beri peluang memberi khidmat, mengurus dan mentadbir kerajaan dengan baik. Bagaimana kita menawarkan diri? Dengan meyakinkan rakyat kita boleh menyediakan pimpinan yang terbaik. Bukan dengan mintak maaf. Kalau jujur undur diri bukan mohon maaf.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...