Apa Jadi Kalau Kromosom Y Makin Pupus?


A KADIR JASIN

MEMANDANGKAN ada pembahas kurang senang dengan tampalan lepas mengenai dakwaan khalwat ke atas Ahli Majlis pusat PKR, Dr Badrul Amin Baharom, jadi saya tidak akan menulis apa-apa mengenai politik kali ini.

Kita “cool down sikit” walaupun ada banyak isu politik yang boleh saya tulis sebab beberapa hari lalu (1 Mac), saya dijemput hadir taklimat pilihan raya Barisan Nasional Selangor di Shah Alam yang dihadiri Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak. Banyak strategi “Selangor Takeover Plan (STOP)” dibagi tahu kepada warga korporat dan Industri pelbagai kaum. Tak tahulah saya sama ada semua yang dijemput dan hadir itu sokong atau simpati dengan BN. Lepas itu, Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim pula berkata Pakatan Rakyat yakin menang dua pertiga di negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Untuk tampalan kali ini saya akan menulis mengenai sesuatu yang mungkin tidak menyakitkan hati atau menimbulkan kemarahan sesiapa. Itu pun belum tentu. Saya akan bercerita sikit mengenai kromosom Y. Tapi sebelum itu, saya ingin beri amaran. Oleh kerana tajuk ini saintifik, maka istilah-istilah yang akan saya gunakan adalah dalam konteks sains, jadi tidak harus dianggap lucah atau kesat.

Misalnya, saya akan terjemahkan “testes” menjadi testis atau buah pelir seperti yang diguna pakai oleh Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka. Di mana saya silap atau penerangan lebih saintifik diperlukan, saya jemput para doktor dan saintis menokok-tambah.

Berbalik kepada kromosom Y, ia adalah satu daripada dua kromosom yang menentukan jantina dalam kebanyakan mamalia, termasuk manusia. Satu lagi adalah kromosom X. Kromosom Y mengandungi gen SRY dan gen inilah yang mencetuskan pertumbuhan testis atau buah pelir. DNA (deoxyribonucleic acid) dalam kromosom Y diturunkan daripada bapa kepada anak lelaki.

Saya tergerak menulis hal ini sebagai sambungan kepada tampalan mengenai penyakit koro yang saya lakukan setahun dua dulu. Sindrom koro menjangkiti orang lelaki menyebabkan kemaluan mereka sorot. Bila hal ini terjadi, pesakit hilang sebahagian besar fungsi seksual dan, ikut cerita, hendak buang air kecil pun seksa.

Gen SRY dalam kromosom Y mencetuskan pertumbuhan embrio dalam rahim sebagai lelaki. Kromosom X dimiliki oleh perempuan dan lelaki. Orang perempuan mempunyai dua kromosom X manakala lelaki satu kromosom X dan satu Y.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...