Realiti Sebenar Kadar Inflasi di Malaysia Yang Terus Meningkat. Anda Terasa “Bahangnya”?


Malaysian Inflation (Buletin Online) – Kementerian kewangan telahpun mengeluarkan laporan ekonomi 2011/2012 di mana menunjukkan kadar inflasi di Malaysia terus meningkat kepada 3.1 peratus pada tujuh bulan pertama untuk tahun 2011. Adakah anda sekarang sedar dengan tahap inflasi yang berlaku dalam negara kita?

Apa faktor yang menyumbang kepada kenaikan inflasi? Antara yang dikaji ialah :

  • kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol
  • pengangkutan serta perumahan,
  • air, elektrik, gas dan bahan lain,
  • Secara keseluruhannya ia telah menyumbang kepada 2.5 mata peratusan kepada peningkatan Indeks Harga Pengguna (IHP).

Selain faktor bekalan, kenaikan inflasi juga disumbang sebahagiannya oleh rasionalisasi subsidi bagi beberapa barangan keperluan pengguna termasuk gula, petrol RON97 dan tarif elektrik.

Kadar inflasi di Malaysia berdasarkan rujukan halaman Trading Economics adalah antara terendah di rantau Asia Tenggara (3.3%) berbanding negara lain seperti Singapura (5.7 peratus), Filipina (4.29 peratus) dan Thailand (3.27peratus).

Antara usaha kerajaan Malaysia setakat ini untuk membendung kesan kenaikan kadar inflasi di Malaysia adalah :

  • Kenaikan kos sara hidup sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), dengan tujuan utama mengenal pasti langkah bagi membantu dan meringankan bebanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat.
  • Bagi menangani kesan kenaikan harga makanan, kerajaan antara lain melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang bermula di Lembah Klang. KR1M menawarkan 250 barangan runcit berjenama 1Malaysia pada harga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran bagi meringankan beban kumpulan mudah terjejas di kawasan bandar
  • “Menu Rakyat 1Malaysia” juga diperkenalkan tahun ini dan sehingga kini 728 pengendali restoran seluruh negara telah menyertai program ini yang menawarkan hidangan set sarapan pagi pada harga RM2 dan makan tengah hari RM4
  • Langkah lain termasuklah melaksanakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 bagi mengawal harga barangan dan caj perkhidmatan serta menghalang aktiviti pencatutan.

Ya…..benar, mana-mana negara sekalipun akan ada inflasinya. Tetapi, kami beranggapan lonjakan inflasi di Malaysia masih lagi sukar dilaksanakan selagi kerajaan masih lagi mengamalkan protectionism dalam kebanyakan sektor!! Tiada masalahnya jika kerajaan contohnya nak melindungi industri lembu dengan cara mengenakan cukai ke atas daging import  dan dalam pada masa yang sama memberikan subsidi dan bantuan kepada golongan petani. Sebab, kita sebagai rakyat Malaysia beli tidaklah sampai untuk membuat pinjaman bank untuk membelinya kerana ada alternatif lain yang boleh dijadikan pilihan termasuklah ayam, kambing dan babi (untuk golongan bukan Islam).

 

READ MORE



Comments
Loading...