Ahli PAS dedah sikap Azizan


“Saya diarahkan oleh PAS untuk membuat kerja-kerja untuk YB Nasharuddin Mat Isa (bekas ahli parlimen) Yan tetapi Azizan tidak setuju,” kata Abdullah Hashim.

(Free Malaysia Today) – Kumpulan penentang Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendakwa menteri besar seorang yang angkuh tetapi licik berpolitik.

Menurut Abdullah Hashim ahli PAS Sungai Limau DUN yang diwakili menteri besar, Azizan mengamalkan politik pecah dan perintah.

“Saya diarahkan oleh PAS untuk membuat kerja-kerja untuk YB Nasharuddin Mat Isa (bekas ahli parlimen) Yan tetapi Azizan tidak setuju.

“Dia tidak tidak pernah turun ke kawasan Yan. Saya bertanggung dengan kenyataan saya ini, saya tidak amal baling bantu sembunyi tangan” dakwa Abdullah yang menurutnya pernah menjadi orang rapat Azizan.

Nasharuddin menjadi ahli parlimen Yan pada tahun 1999 sebelum bertanding di parlimen Besut, Terengganu pada tahun 2004.. Ketika ini beliau merupakan ahli parlimen Bachok, Kelantan.

Bagaimanapun, menurut Abdullah yang lebih dikenali dengan Lah Semangat 46, penentangan terhadap Azizan yang terbaru ini berlaku ekoran kenaikan tarif air pada tahun 2010.

Abdullah pada mulanya ahli Umno sebelum menyertai Semangat 46 dan akhirnya menjadi ahli PAS dan orang rapat  Azizan.

`Ratusan ribu sokong’

“Saya mengetuai demontrasi rakyat Kedah termasuk disertai ahli PAS mengadakan demontrasi membantah kenaikan tarif air.

“Kami tidak menentang PAS tetapi menentang Azizan kerana manifesto tinggal nama sahaja di mana pelaksanaannya?” katanya ketika dihubungi hari ini.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...