Gamis bersama Anak Sabah Pertahankan Tanah Adat


http://cdn-bm.harakahdaily.net/images/stories/harakahdaily/daily_picture/2012-mac/poster_tabah1.jpg

Gamis juga bersama-sama dengan front mahasiswa iaitu Markaz Siswa Siswi Islam Sabah (Marsis) akan mengadakan himpunan mahasiswa bangkit mempertahankan tanah adat Sabah pada 12 Mac ini di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada jam 12 tengahari.
 

Berdasarkan 6 sebab kenapa pertahankan tanah adat yang dikemukakan oleh Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) iaitu:

1) 977 aduan tidak diselesaikan sehingga tahun 2012
2) Tanah adat adalah mutlak rakyat dirampas tanpa sebarang pampasan
3) Alasan pembangunan dan infrastruktur bagi mengaburi mata rakyat
4) Pencerobohan tanah adat sehingga menyebabkan sistem aliran sekitarnya tercemar
5) 632 kes proses permohonan tanah dan geran tanah menjadi kes tertunggak
6) Rakyat kehilangan punca pendapatan apabila tanah mereka dirampas

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyatakan sokongan sepenuhnya tuntutan TABAH bagi mempertahankan tanah adat pada 12 Mac ini dalam Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat (123 Bangkit)

Penindasan yang dilakukan terhadap rakyat Sabah bukan sahaja sebagai tindakan zalim malah menunjukkan undang-undang turut dicabuli. Kes ini sewajarnya dipandang serius oleh semua pihak terutama pemerintah bagi menjaga hak rakyat.

Berikut antara aduan pencabulan hak tanah adat atau Native Customary Rights Land ( NCR ) yang masih lagi tidak diselesaikan sehingga ke tahun 2012 ini :- 
1. Pemprosesan permohonan tanah dan pengeluaran geran, dan lain-lain (Jabatan Tanah dan Ukur Sabah) = 632 aduan 
2. Pengambilan Tanah/Land Acquisition (Jabatan Tanah dan Ukur Sabah) = 53 aduan 
3. Tanah NCR termasuk dalam kawasan yang digazet sebagai hutan simpan (Jabatan Perhutanan Sabah) = 63 aduan 
4. Tanah NCR termasuk dalam kawasan yang digazet kepada SAFODA (Sabah Forest Development Authority) = 23 aduan 
5. Tanah NCR termasuk dalam kawasan yang diberikan kepada LIGS/Agropolitan yang diusahakan oleh LIGS (Lembaga Industri Getah Sabah) = 6 aduan 
6. Tanah NCR termasuk dalam kawasan SFI (Sabah Forest Industries) = 3 aduan 
7. Tanah NCR termasuk dalam kawasan yang digazet kepada SLDB (Sabah Land Development Board) = 3 aduan 
8. Tanah NCR termasuk dalam kawasan yang digazet kepada Jabatan Parit dan Saliran = 1 aduan 

Gamis juga bersama-sama dengan front mahasiswa iaitu Markaz Siswa Siswi Islam Sabah (Marsis) akan mengadakan himpunan mahasiswa bangkit mempertahankan tanah adat Sabah pada 12 Mac ini di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada jam 12 tengahari.

Justeru, semua anak muda khususnya mahasiswa dijemput bersama-sama bagi menyatakan sokongan terhadap 123 Bangkit.

Akram Ikrami Taib Azamudden
Presiden Gamis


Comments
Loading...