Saya Mahu Pulang (UPDATED with English Translation)


http://img.youtube.com/vi/Z_IsjEAVxvY/2.jpg

Saya ingin menyatakan bahawa saya ingin pulang ke Malaysia untuk memberi keterangan dan membuat lapuran polis tetapi ugutan bunuh yang telah saya terima telah membuatkan saya tiada pilihan lain selain menyelamatkan diri saya dan keluarga saya. Jika tidak kerana ugutan bunuh, saya sudah lama pulang.

Kamal Hisham Jaafar

Saya membuat kenyataan ini sebagai respon saya kepada sidang media yang dibuat oleh Dato Baljit Singh Sidhu pada 7hb Mac 2012 dan Lapuran Polis dibuat oleh Datuk Abdul Rahim (Setiausaha Jumaah diRaja Johor) seperti yang dipaparkan di Berita Harian pada 9hb Mac 2012.

Dato Baljit menuduh saya membuat tuduhan palsu berkaitan ugutan bunuh yang telah saya terima. Beliau berkata tuduhan saya adalah tidak berasas. Dato Baljit juga menyebut tiada kenyataan ugutan bunuh di buat dalam sidang media yang disampaikan oleh peguam saya sebelum ini. Sebenarnya Datuk Jaharbeedeen yang berucap dalam sidang media saya pada 31 Januari, 2012 ada mengatakan saya tidak pulang kerana “there was a small problem, a background, certain complex background which cannot be disclosed at the moment which gives real fear for my liberty and safety.” Saya meminta peguam saya dan rakan kongsi saya tidak membuat pendedahan umum kerana saya masih menghormati pihak yang saya maksudkan itu.

Saya menerima ugutan bunuh pertama dalam pada September 2011 yang telah saya rekodkan. Selain itu, saya telah menerima beberapa ugutan bunuh yang lain yang saya ketahui dari sumber-sumber yang saya percayai tetapi tidak dapat saya dedahkan demi menjaga keselamatan sumber-sumber saya. Saya bersedia berkongsi maklumat ini dengan Polis DiRaja Malaysia untuk membantu siasatan.

Saya telah menulis surat kepada Polis DiRaja Malaysia mengenai ugutan bunuh yang telah saya terima dan membuat permohonan agar semua kes berkaitan saya dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman.

Tuduhan Datuk Baljit bahawa saya lari keluar Negara sebaik sahaja lapuran polis terhadap saya dibuat sama sekali tidak benar kerana saya telah terlebih dahulu keluar ke negara jiran atas urusan perniagaan pada minggu ketiga bulan Mac sebelum saya ke Dubai juga kerana atas urusan perniagaan. Dalam pengetahuan saya, semasa saya keluar negara, tiada sebarang lapuran polis dibuat terhadap saya. Tuduhan Datuk Baljit itu yang sebenarnya palsu dan tidak berasas. Saya memandang serius tuduhan Datuk Baljit yang mahu merosakkan kredibiliti saya. Saya dan pasukan peguam saya sedang meneliti kemungkinan mengambil tindakan terhadap tuduhan itu.

Saya ingin menyatakan bahawa saya ingin pulang ke Malaysia untuk memberi keterangan dan membuat lapuran polis tetapi ugutan bunuh yang telah saya terima telah membuatkan saya tiada pilihan lain selain menyelamatkan diri saya dan keluarga saya. Jika tidak kerana ugutan bunuh, saya sudah lama pulang.

Saya berharap pihak Kerajaan dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan memberi perhatian serius kepada kenyataan saya ini. Saya ingin pulang dengan segera untuk memberi keterangan dan untuk membersihkan nama saya kerana telah terlalu banyak tuduhan palsu dan tomahan telah dibuat kepada saya.

Saya percaya Perdana Menteri Malaysia, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Pengurusan Tertinggi PDRM merupakan individu yang professional dan saya merayu mereka membantu saya dan keluarga pulang ke Malaysia dalam keadaan selamat untuk bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman atau membenarkan saya membuat lapuran polis dan memberi keterangan dimana-mana Pejabat Kedutaan atau Konsular Malaysia di luar Negara.

Saya ingin pulang dan bukan melarikan diri.

——————————————————————————————————

I WANT TO RETURN HOME

I make this statement in response to a press conference made by Dato Baljit Singh Sidhu on 7th March 2012 and the police report made by Datuk Abdul Rahim “(Setiausaha Jumaah diRaja Johor)” as published in Berita Harian on 9 March 2012.

Dato Baljit accused me of making false accusations related to death threats I had received. He said that my allegations are baseless. Dato Baljit also says there is no death threat statement made at a press conference given by my lawyer before. Datuk Jaharbeedeen who actually spoke in my press conference on January 31, 2012 has clearly stated that I could not come back because “there was a small problem, a background, certain complex background which cannot be disclosed at the moment which gives real fear for my liberty and safety.” I asked my lawyer and my partner not to make a public disclosure because of my respect to those whom I meant.

I received death threats in September 2011, the first of which I recorded. In addition, I have received several death threats other than that I know of from sources that I trust but I cannot reveal them to protect my sources. I am willing
to share this information with the Royal Malaysian Police to assist in investigations.

I wrote a letter to the Royal Malaysian Police on death threats I had received and requested that all cases be handled by the Police Headquarters, Bukit Aman.

Datuk Baljit’s allegations that I ran out of the country immediately after a police report was made against me is absolutely not true because I had previously gone to a neighbouring country for business in the third week of March before I went to Dubai as well for business.

To the best of my knowledge, when I left the country, there was no police report lodged against me. Allegations made by Dato Baljit were actually false and baseless. I and my legal team are reviewing the possibility of taking action against the allegations.

I would say that I would like to return to Malaysia to give evidence and make a police report but the death threats I’ve received has given me no other choice but to save myself and my family. If not for the death threats, I would have returned home long ago.

I hope the Government and the Royal Malaysia Police Headquarters, Bukit Aman will give serious attention to my statement. I want to return home immediately to give evidence and to clear my name from too many false accusations and allegations made of me.

I believe the Prime Minister of Malaysia, the Minister of Home Affairs, Inspector General of Police and the top management of Royal Malaysia Police are individuals who are professional and I appeal to them to help my family and I return to Malaysia in a safe condition to coorperate with the Royal Malaysian Police Headquarters, Bukit Aman or allow me to make a police report and give evidence at any Embassy or Consular Office of Malaysia abroad.

I want to return home and not to run away.



Comments
Loading...