BN ‘mandul’ bila berdepan krisis NFCorp


Shahrizat Jalil

Jika ini bukannya suatu pakatan, rasuah dan kecuaian jenayah berprofil tinggi, apa lagi yang boleh kita katakan?

Persoalan lain yang timbul, ialah bagaimana mungkin projek yang menelan belanja berjuta-juta ringgit itu boleh diberi tanpa adanya kertas kajian cadangan kaji selidik itu terlebih dahulu?

by Kim Quek of  (FMT) -

Tokoh kontroversi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mulai 8 April depan sekali lagi menyerlahkan ‘kemandulan’ kerajaan Barisan Nasional (BN) menangani krisis dakwah rasuah berprofil tinggi.

Selepas hampir lima bulan tercetusnya skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp), ketika rakyat didedahkan dengan berbagai maklumat penyelewengan, kesannya hanya Shahrizat berundur dari kabinet.

Namun peristiwa (peletakan jawatan) ini bukanlah tindakan daripada sesiapa pun. Shahrizat tidak dipecat, atau beliau tidak meletak jawatan, kedudukannya sebagai menteri menjadi terbatal oleh sebab tempoh perkhidmatannya sebagai seorang senator tamat pada 8 April ini.  Di bawah perlembagaan, hanya seorang ahli parlimen atau senator layak dilantik menjadi menteri.

Sungguhpun rasuah berjumlah RM250 juta tidaklah sebanyak mana bagi ukuran BN, tetapi ketidakpedulian pucuk pimpinan BN terhadap undang-undang rasuah dan kecuaian para penjawat awam berhubung perbuatan jenayah telah menimbulkan kemarahan rakyat.

Lebih memburukkan lagi keadaan di mana badan penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis, peguam negara, gagal bertindak terhadap para petualang itu.

Keluarga Shahrizat sejak awal-awal lagi, tidak sepatutnya mendapat projek perintis ini, untuk mentransformasi industri pengeluaran dan penawaran daging lembu kerana ia tidak mempunyai kemampuan baik dari segi kewangan maupun dari segi kepakaran untuk mengendalikan projek ini.

Dengan itu maka tidak hairanlah apabila wang berjumlah RM250 juta dalam bentuk pinjaman mudah dan geran sebanyak RM13 juta jatuh ke riba, keluarga Shahrizat menjadi tidak keruan, lari ke sana ke mari, membeli aset mewah seperti kondominium mewah dan tanah yang strategik, termasuk mengusahakan restoran mewah, pasaraya dalam dan luar negara.

Dalam masa yang sama, ia gagal memenuhi objektif utamanya untuk membangunkan industri fidlot seperti mana yang tercatat dalam kontrak perjanjian perniagaan.

Skandal dalam perspektif

Untuk melihat skandal dari sudut perspektif yang betul, kemungkinan kesalahan jenayah boleh dibahagikan kepada dua bahagian: kesilapan dan penyelewengan semasa menganugerahkan projek ini dan pelaksanaannya yang menimbulkan persoalan.

Jelas berlaku pilih kasih dan konflik kepentingan apabila kontrak itu diberi kepada keluarga seorang menteri kabinet, apatah lagi keluarga tersebut tidak layak menerimanya.

Dalam setiap kes rasuah serupa ini, terdapat pemberi dan penerima. Dalam kes ini, Shahrizat dianggap sebagai penerima apabila keluarganya menerima pinjaman, geran dan kontrak projek itu.

Ini kerana tidak mungkin suami dan anak-anaknya sendiri boleh diberi pertimbangan memandangkan mereka sendiri tidak layak untuk diberi pertimbangan itu.

Keadaan ini menjurus kita kepada satu pertimbangan sahaja iaitu hubungan Shahrizat dengan pembuat-pembuat keputusan dalam kabinet.

Amalan pilih kasih dalam pemberian kontrak ini jelas dapat dilihat cara bagaimana projek ini diberikan.

Tidak ada kertas kerja yang sempurna dikemukakan sebelum projek ini diberi.  Jika tidak sudah tentu Kementerian Kewangan akan menangguhkan pengeluaran pinjaman itu sehingga “kajian kemungkinan daya maju projek dan perniagaan” siap pada tahun 2011.

Ini berlaku tiga tahun selepas pinjaman itu diluluskan, apabila projek itu berjalan dengan perlahan, seperti mana dilaporkan Ketua Audit Negara dalam laporannya.

Tambahan pula, terdapat penyelewengan dari sudut pengeluaran pinjaman dan geran sebelum perjanjian tentang projek itu ditandatangani.

Persoalan lain yang timbul, ialah bagaimana mungkin projek yang menelan belanja berjuta-juta ringgit itu boleh diberi tanpa adanya kertas kajian cadangan kaji selidik itu terlebih dahulu?

Jika ini bukannya suatu pakatan, rasuah dan kecuaian jenayah berprofil tinggi, apa lagi yang boleh kita katakan?

Siapakah pembuat-pembuat keputusan itu, pemberi-pemberi kontrak dalam kes ini? Mereka ialah bekas menteri pertanian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan jawatankuasa projek berimpak tinggi yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalan perdana menteri pada ketika itu.

Adalah menjadi tanggungjawab SPRM untuk meneliti proses pembuat keputusan dan mendakwa kedua-dua petualang – pemberi dan penerima – ke muka pengadilan. Tetapi malangnya, tidak ada apa-apa tindakan diambil selepas siasatan dijalankan.

 …BACA ARTIKEL PENUH

 



Comments
Loading...