Lembaga Disiplin Umno siasat dakwaan BN bayar pengundi


Kadir-Adnan

(Bernama) – Lembaga Disiplin UMNO sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung isu Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang dilapor mendakwa Barisan Nasional (BN) membayar pengundi kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada pilihan raya umum lepas.

 

Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, siasatan dibuat bagi memastikan sama ada benar atau tidak veteran UMNO itu mengeluarkan kenyataan tersebut.

”…kalau betul kita (lembaga disiplin) akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya, di sini hari ini.

Tengku Adnan diminta mengulas mengenai laporan media kelmarin yang antara lain menyebut bekas Menteri Penerangan itu menafikan beliau mengeluarkan dakwaan tersebut.

Pada Januari lepas, Abdul Kadir dilapor mendakwa BN membayar antara RM200 dan RM1,000 kepada pengundi di kawasan berkenaan agar memilih calon BN pada pilihan raya umum itu.



Comments
Loading...