Dr Khir: Rampas tanah YBK tidak wajar


“Semasa saya menjadi Menteri Besar, saya membuat keputusan cukai tidak dikenakan kerana tanah itu belum dimajukan.”

 Khir Toyo

(FMT) - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo tindakan kerajaan negeri PKR merampas tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) sebagai tidak wajar.

YBK diperkenalkan semasa Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjadi Menteri Besar Selangor.

“Semasa saya menjadi Menteri Besar, saya membuat keputusan cukai tidak dikenakan kerana tanah itu belum dimajukan.

“Kalau cukai dikenakan sedangkan YBK tidak mempunyai wang bagaimana hendak membayar? Kalau membayar juga wang YBK akan berkurangan.

“Jika tanah itu sudah dimajukan baru YBK membayar cukai,” kata Dr Khir.

Adun Sungai Panjang itu mengulas kenyatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang DUN yang mengatakan kerajaan negeri tidak memulangkan semula tanah YBK yang dirampas sebelum ini.

Pada 3 Februari 2010, kerajaan negeri merampas 191 hektar tanah milik YBK di Serendah, meskipun tunggakan cukai sebanyak RM5.7 juta telah dilunaskan oleh yayasan itu dengan bantuan Yayasan Melaka

Pembangunan Putrajaya

Mengenai tanah rizab Melayu, Dr Khir berkata, pembangunan Putrajaya menyebabkan tanah rizab Melayu di Selangor telah diambil.

Bagaimanapun, beliau tidak ingat keluasan sebenar yang diambil untuk pembangunan pusat pentabiran baru kerajaan Persekutuan yang membabitkan kawasan seluas kira-kira 13, 000 ekar.

“Saya tidak ingat keluasan tanah rizab Melayu yang diambil untuk Putrajaya tetapi kita telah mengganti tanah tersebut dengan tanah lain dengan keluasan dan nilai yang sama,” katanya.

Menurut beliau, undang-undang negeri Selangor menetapkan 40 peratus keluasan negeri mesti tanah rezab Melayu.

Katanya, pembangunan boleh dibuat di atas tanah rezab tersebut dengan syarat dimajukan oleh syarikat Melayu dan untuk orang Melayu.

Dr Khir mendakwa, bagaimanapun, kerajaan negeri PKR sekarang tidak lagi menggunakan peraturan tersebut.

Ketika merasmikan sidang DUN, Isnin lalu, Sultan Selangor bertitah supaya tanah rezab Melayu terjaga.

 



Comments
Loading...