Azmin dakwa Hasan Ali salah guna lebih RM800,000


“Saya mendapat maklumat awal kerana jabatan audit telah menjalankan siasatan menyeluruh. Ia fakta dan bukan tuduhan. Tindakan beliau (Hasan) tidak boleh dimaafkan.”

(Free Malaysia Today) – Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali didakwa menyalahguna wang kerajaan negeri mencecah lebih RM800,000 untuk kegunaan program dan pengubahsuaian pejabat ketika menjadi exco kerajaan negeri Selangor.

Perkara itu didedahkan Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) ketika membahaskan usul titah Sultan Selangor dalam sidang dewan undangan negeri hari ini.

Azmin mendakwa Hasan yang juga exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, ketika itu berbelanja lebih RM500 , 000 untuk pelbagai program di bawah Perbadanan Adat Istiadat Melayu (PADAT).

Beliau juga mendakwa Hasan menggunakan RM300, 000 untuk mengubahsuai pejabat exco.

“Saya mendapat maklumat awal kerana jabatan audit telah menjalankan siasatan menyeluruh. Ia fakta dan bukan tuduhan. Tindakan beliau (Hasan) tidak boleh dimaafkan.

“Pembaziran ini jika dikaitkan dengan perjuangan dibawa Hasan (Islam, Raja, Melayu). Islam mana yang dibawa jika guna wang rakyat dengan tidak berhemah?” katanya kepada pemberita di luar lobi bangunan Annex, bangunan SUK Selangor

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...