Bohong dan Menipu adalah keperangaian kedua (second nature) UMNO


SAKMONGKOL AK47

Apa yang menyebabkan Najib dan gerombolan UMNO mampu menunaikan sebahagian besar janji janji mereka? Jawapan nya ialah dana dan wang yang banyak. Itu sahaja kelebihan yang Najib dan gerombolan UMNO ada. Dari segi idea dan gagasan dan wawasan yang terang, dia yilek. Jika tidak ada apco dan firma pakar runding seperti Mckinsey, Najib adalah seorang kanak2 yang hilang dalam hutan. Di luar jawapan dan pertanyaan yang tidak berskrip, Najib tidak dapat menjawap apa apa.

Tiadakan kuasa yang ada , apa yang Najib ada? Sudah tentu hanya janji yang kosong. Janji kosong Najib jika di bandingkan dengan janji Pakatan Rakyat , akan menelanjangkan ketandusan idea Najib dan BN. Dan saya tidak fikir Najib bodoh seperti yang kita melihat nya untuk tidak menyedari bahawa objektif PR ialah mendapatkan kuasa di Putrajaya. Dan kuasa inilah yang akan di pertahankan oleh Najib dengan segala tipu helah dan pembohongan terutama kepada orang Melayu.

Pembaca sendiri dapat melihat. Hanya selepas 4 tahun mendapat kuasa, beberapa kerajaan di bawah PR bukan sahaja menepati janji yang mereka buat tetapi mentadbir negeri masing2 dengan lebih baik dari BN yang telah lama berkuasa. Ada negeri BN yang boleh menunjukkan bahawa mereka dapat mengadakan bajet lebihan? Ada, jika main silap mata yakni dengan mebatalkan beberapa perbelanjaan supaya balance sheet nampak baik. Kita mahu lihat negeri mana di bawah pemerintahan BN yang akan sekoyong koyong membentang supplementary bill untuk mendapat bajet tambahan. Ini semua kerja auta dan autawan in chief iaitu Najib Razak.

Antara 5 negeri yang mendapat FDI yang paling tinggi, 3 dari nya ialah negeri yang di tadbir oleh PR. Yang dua lagi negeri BN termasuk Sarawak yang di pimpin oleh pemimpin yang bukan dari UMNO. Sarawak membangun tanpa campur tangan UMNO dan jika ada campur tangan UMNO, sudah tentu jahanam. Yang membantu Johore ialah kehampiran nya dengan Singapura.

Apa sudah jadi pada janji UMNO untuk membantu orang Melayu? Lihat sahajalah apa sudah jadi pada DEB? Kemajuan terpesat dan pertumbuhan yang nyata kepada ekonomi orang Melayu hanya berlaku semasa Tengku Razaleigh mengurus ekonomi negara kita. Semenjak ianya di ambil alih oleh putera dari keturunan Hindi Kerala, ekonomi orang Melayu, daripada yang bersifat rakyat, bertukar menjadi kemajuan ekonomi untuk orang yang terpilih.

Dari 1970 hingga ke 1981, perkongsian Melayu dalam kekayaan negara bertambah dari 2.7% kepada 18.4%. bila Mahathir mengambil alih, ekonomi orang Melayu bersifat rakyat, bertambah kepada kurang sedikit dari 20%. Ekonomi Melayu di bawah pengurusan Mahathir hanya bertambah 1 lebih peratus.

Dari segi rekod, Najib jangan cakap besar lah. Hari ini dia hanya boleh showcase Mokhtar alBokhari sahaja. Jika ekonomi orang Melayu hanya boleh di perlihatkan melalui S Mokhtar Bokhari, ini membuktikan bahawa dasar ekonomi di bawah UMNO dan BN tidak berjaya dan gagal.

Dan jika orang seperti Syed Mokhtar berulang kali hanya mampu maju dengan pertolongan kerajaan, ini membuktikan bahawa S Mokhtar tidak ada skills untuk maju dengan usaha kudrat sendiri. Tambahan pula, dalam Malaysia ini, orang Melayu yang wajib di bantu ialah Syed Mokhtar sahaja kah?

Dibawah Syed MOkhtar, monopoli gula yang di pindahkan dari Robert Kuok menjadi lebih mahal. Sebagai reaksi harga mahal, ada matlaon pemimpin UMNO yang mencadangkan supaya orang Melayu terutamanya, makan kurang gula. Bingung punya cadangan.

Bila syed Mokhtar ambil alih BErnas, beras jadi lebih mahal. Ini lah janji Najib kepada rakyat Malaysia, terutama orang Melayu. Saya ulangi lagi, janji Najib hanya lah untuk Putera dalam Bumi-Putera. Rakyat bumi biasa hanya menadah tangan mengharapkan ehsan Sultan Najib dan al malikul sembab.

Pencapaian orang Melayu lain nya adalah hasil natural progression. Pendidikan? Semua kerajaan dalam dunia ini mesti mengadakan pendidikan . mengadakan pendidikan sebagai suatu wadah menambahbaikkan kedudukan orang Melayu bukan lah sesuatu yang unik kepada UMNO. Pentadbiran di bawah kerajaan2 Pakatan pun menyokong pendidikan sebagai wadah mengeluarkan mereka mereka dari kemiskinan. No big deal untuk di gahkan oleh Najib.

Najib gagal dalam janji nya untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu. 

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...