Perangai biadap pemimpin PR di majlis pertabalan


THE UNSPINNERS 

Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.

Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.


Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.

Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.

Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.


Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.

Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.

Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.


Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” 

Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“. 

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...