Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu Duit Rakyat Atau Duit Umno?


Terengganu

(Buletin Online) — Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim meminta kerajaan negeri Terengganu dan Menteri Besarnya Dato’ Seri Ahmad Said menjelaskan adakah wang yang diberi pinjam kepada mahasiswa dari Yayasan Terengganu (YT) ialah wang rakyat ataupun wang Umno.

“kita nak tanya Ahmad Said dan kerajaan negeri Terengganu (samada) duit pinjaman untuk mahasiswa yang dikeluarkan daripada Yayasan Terengganu duit rakyat atau duit Umno,

“kalau duit rakyat yang berhak ke atasnya adalah rakyat, tidak kira samada rakyat itu PAS, Umno, Keadilan, DAP dan tidak berparti,”tegasnya.

{youtube}E_A96QWwpOE{/youtube}

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE: http://www.youtube.com/watch?v=E_A96QWwpOE

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu himpunan aman yang diadakan di  perkarangan masjid Pengadang Baru dekat sini selepas solat Jumaat 13 April.

Bantahan tersebut adalah ekoran mesyuarat Lemabga Pengarah Yayasan Terengganu pada Selasa 10 April, yang memutuskan tidak akan mengembalikan semula pinjaman tersebut telah ditarik dari sembilan orang pelajar anak Terengganu yang menuntut di Mesir.

Beliau turut mempertikaikan tindakan menzalimi pelajar terbabit kerana mereka dituduh menyertai himpunan aman BERSIH 2.0 di Kaherah pada Julai tahun lalu.

Sedangkan katanya, BERSIH bukanlah mahu menjatuhkan keajaan Terengganu tetapi bantahan itu diadakan untuk menambahbaikkan perjalanan sisitem pilihanraya.

“Lainlah sekiranya kalau para pelajar ini (itu) terlibat dalam himpunan untuk menjatuhkan kerajaan, mereka Cuma terlibat dalam himpunan BERSIH…… dah yang Ahmad Said susah tu buat apa?

“atau kerajaan BN Terengganu memang didirikan hasil perjalanan pilihanraya yang tidak bersih?,”soalnya lagi.

Justeru, beliau menggesa supaya kerajaan turut menamatkan pinjaman para pelajar yang bernaung dibawah kelab-kelab Umno di seluruh dunia sekiranya Menteri Besar menuduh Sembilan pelajar Mesir tersebut terlibat dengan politik.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat turut sama mengedarkan poster hentikan Lynas kepada, sempena bantahan yang dianjurkan oleh Solidariti Himpunan Hijau Malaysia pada hari yang sama.

Katanya, ia menunjukkan kebersamaan orang ramai yang hadir menyokong Himpunan Hijau 2.0 menentang isu pembangunan kilang nadir bumi itu, yang diadakan seretak di 11 lokasi disluruh Negara.

Turut hadir dan berucap pada himpunan aman tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Malaysia Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi, pimpinan pemuda Pas Terengganu dan wakil Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis) cawangan negeri Terengganu.

Lebih 500 orang berhimpunan di luar pagar majid Pengadang Baru selepas diumumkan satu himpunan membantah tindkan kerajaan Terengganu membatalkan pinjaman YT kepada Sembilan pelajar Mesir, sebaik selesai solat Jumaat.

 



Comments
Loading...