‘Saya hanya kaji status pengundi Lembah Pantai’


“Surat yang dimaksudkan hanya memaklumkan pengundi bahawa berdasarkan kajian pejabat saya, nama mereka sudah hilang daripada daftar pemilih,” jelas Nurul Izzah. 

(Free Malaysia Today) – Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menjelaskan bahawa beliau hanya melakukan kajian mendalam mengenai status pengundi di kawasannya ekoran makluman yang diperoleh mendapati nama mereka hilang dari daftar pemilih.

Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR menegaskan surat yang dimaksudkan hanya makluman pengundi daripada hasil kajian ibu pejabat beliau daripada rujukan suku ketiga semakan daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kenyataan itu sekaligus menafikan dakwaan Barisan Nasional Lembah Pantai bahawa beliau mengedarkan surat maklumat palsu berhubung status daftar pemilih penduduk di kawasan beliau.

“Pejabat saya hanya buat kajian mendalam tentang status pengundi Lembah Pantai. Surat yang dimaksudkan hanya memaklumkan pengundi bahawa berdasarkan kajian pejabat saya, nama mereka sudah hilang daripada daftar pemilih bagi kawasan parlimen Lembah Pantai.

“Surat itu juga jelas menyatakan bahawa kemungkinan besar nama-nama itu hilang disebabkan perkara yang sah, lalu dibuang daripada daftar pemilih atas sebab termasuklah kematian dan pemindahan yang tulen,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Beliau turut merujuk kepada tiga maklumbalas yang diterima daripada pengundi, di mana salah seorang mengakui namanya tertera di dalam daftar pemilih yang menggunakan alamat terkini, namun hakikatnya ia tidak wujud.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...