Jemputan untuk menyertai Perhimpunan Bersih 3.0 Sarawak


http://www.beritasemasa.my/wp-content/uploads/2012/04/Bersih-3.0.jpg

Venue: Kawasan mahkamah lama dan tebingan sungai Sarawak
Hari bulan: 28hb April 2012
Masa: 2 hingga 4 petang

Tuan-tuan dan puan-puan dijemput untuk menyertai perhimpunan Bersih bagi membantah tindak tanduk kerajaan Barisan
Nasional dan agensi Suruhanjaya Pilihanraya yang telah gagal mengambil tindakan-tindakan untuk memperbetulkan dan
memperbaiki sistem pilihanraya umum.

Bersih (badan gabungan 84 NGO) telah membuat 8 tuntutan untuk perkara berkenaan, khasnya tuntutan no. 1 membersih senarai daftar nama bagi pilihanraya umum dan negeri (electoral rolls for parliamentary and state elections) dari berbagai-bagai perbuatan penipuan yang melanggar undang-undang dan peraturan demokrasi, dan tuntutan no. 7 dan 8 untuk menghentikan amalan rasuah dan politik wang oleh kerajaan dan ahli-ahli politik khasnya waktu pilihanraya. Tetapi disebaliknya suruhanjaya pilihanraya (SPR) bukannya mahu membersih senarai daftar nama pilihanraya tetapi telah giat melaksanakan berbagai kaedah penipuan seperti berikut-

1) Menambah secara mendadak jumlah pengundi2 yang haram/tidak sah (illegal voters) yang terdiri dari warga asing melalui pemberian kad pengenalan palsu dan hak kerakyatan sewenangwenangnya tanpa memohon, menjejaskan keselamatan negara
2) Menambah secara mendadak jumlah pengundi pos (postal voters) yang tidak wujud/pengundi hantu (phantom voters)
3) Membolehkan ramai pengundi palsu (fake voters) untuk mengundi sehingga dua atau tiga kali, di mana seseorang memiliki lebih dari satu kad pengenalan yang berlainan nombor, atau dua orang yang berlainan memiliki kad pengenalan masing-masing tetapi berkongsi nombor kad pengenalan yang sama, bermakna undi yang lebih adalah palsu atau seorang dari mereka adalah pengundi palsu
4) Mengurangkan jumlah pengundi tulin (genuine voters) dengan mengeluarkan/memadamkan nama-nama pengundi
dari daftar nama (electoral roll), atau memindahkan pengundi-pengundi dari kawasan-kawasan mereka ke kawasan-kawasan lain tanpa pengetahuan mereka.
5) Menukar peti undi yang sah dengan peti undi yang palsu (switching of ballot boxes) sebelum perkiraan undi dimulakan di pusat-pusat pembuangan undi/pengiraan undi

Operasi penipuan tersebut secara besar-besaran melibatkan ratusan ribu pengundi haram/hantu/palsu/tulin di banyak
konstituensi parlimen. Oleh kerana terlalu seriusnya pengotoran senarai daftar pengundi, maka rakyat harus menuntut ianya diperbersihkan (cleansing).

Akibat bermacam penyalahgunaan kuasa politik termasuk penipuan dalam pilihanraya, negara kita sekarang sedang dilanda krisis nasional dan memerlukan tindakan kuasa rakyat jelata untuk menyelamatkannya. Oleh itu seluruh sistem politik negara termasuk sistem pilihanraya harus diperbersihkan, barulah Malaysia boleh ditadbir secara telus, demokratik, dan bersih.

Oleh kerana suruhanjaya pilihanraya telah gagal memenuhi 8 tuntutan Bersih, maka kita akan mengadakan satu perhimpunan raksasa serentak di seluruh Malaysia dan di 30 buah negara-negara lain yang bersama kita bagi menuntut
pilihanraya yang adil dan bersih.

Acara2 perhimpunan adalah seperti berikut-
Venue: Kawasan mahkamah lama dan tebingan sungai Sarawak
Hari bulan: 28hb April 2012
Masa: 2 hingga 4 petang

Daripada,
Ahli jawatankuasa BERSIH Peringkat negeri Sarawak



Comments
Loading...