Kita mulakan sebuah negara baru: itu sahaja cara penyelesaian masalah negara


ASPAN ALIAS

Hari ini hari yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat yang dahagakan keadilan dan kesaksamaan bersiasah. Rakyat sudah tidak lagi menerima cara suruhanjaya pilihanraya mengendalikan pilihanraya dinegara ini. Ratusan ribu rakyat dijangka membanjiri ibu kota untuk menunjukkan bantahan terhadap SPR yang tidak telus dan suruhanjaya yang telah dicemari dengan politik UMNO dan BN. Ketua kepada suruhanjaya pilihanraya rupa-rupanya adalah ahli UMNO dan beliau tidak layak untuk mengendalikan pilihanraya dengan adil dan saksama.

Semuanya ini menyakitkan hati rakyat yang bakal mengundi dan memberikan mandat kepada siapa yang mereka yakini. Sambutan awal menunjukkan yang sambutan terhadap Bersih 3.0 ini adalah menyeluruh dinegara ini dan dinegara-negara lain dimana rakyat Malaysia tinggal. Lapuran awal dari Melbourne, Australia menunjukkan sambutan yang diluar dugaan kerana adalah dijangkakan yang seramai 5000 rakyat Malaysia akan berhimpun untuk menyokong desakan supaya SPR telus dan jujur dalam pengendalian pilihanraya yang akan datang. Ianya akan diadakan di Fed Square yang berhadapan dengan Flinders Station di kotaraya itu serentak dengan himpunan di Kuala Lumpur.

Saya juga mendapat panggilan dari rakan kenalan yang berada dikotaraya-kotaraya lain seperti di Perth, London, dan lain-lain, yang menyatakan sokongan terhadap tindakan Bersih 3.0 ini dan akan mengadakan perhimpunan yang sama disana. Nampaknya kali ini sambutan rakyat diseluruh dunia begitu kuat dan ini akan menentukkan hala tuju dan keadaan politik negara kita tidak lama lagi.

Sekarang Pengerusi SPR telah ternyata seorang ahli UMNO, maka tuduhan pihak pembangkang yang SPR dipenuhi dengan ahli-ahli UMNO akan terbukti benar. Kalau begitu keadaannya maka SPR memang sepatutnya tidak lagi boleh diyakini rakyat. Maka ternyata jugalah yang satu lagi institusi demokrasi telah tercemar selepas banyak lagi institusi demokrasi dilacuri bermula dari zaman pentadbiran Dr Mahathir dahulu.

Justru, PRU tidak boleh diadakan selagi seluruh pengurusan SPR dan kakitangannya dikeluarkan dari institusi itu. Selagi mereka berada di dalamnya, selagi itulah perjalanan PRU tidak akan berjalan dengan adil dan saksama. Bacul sungguh pimpinan negara kita ini. Tidak ada kerja lain selain dari menipu dan membohongi rakyat.

Kita sudah terlalu jauh ditipu dan dikelirukan oleh pimpinan UMNO dan BN ini.  Saya kira selepas Bersih 3.0 ini, rakyat akan terus bangkit menentang kezaliman yang sudah menjadi permainan pihak yang memerintah hari ini.

Bagi saya pemimpin-pemimpin kita sekarang ini telah keterlaluan menjolok mata kita.semua. Kita patut desak semua pimpinan pada hari ini meletakkan jawatan dan ini adalah satu-satunya cara untuk membetulkan keadaan dan kecelaruan yang kita hadapi hari ini.

Najib dan keseluruhan pimpinan wajar meletakkan jawatan. Serahkan negara kita kepada ‘care-taker governmant’ dan perbetulkan segala-gala yang tidak betul dalam kerajaan kita hari ini sebelum kita memanggil pilihanraya umum ke13 ini.

Selepas ini elok diadakan pula himpunan Bersih 4.0 dan semua rakyat dibandar dan didesa-desa, yang tua dan yang muda, dari berbagai-bagai bangsa dan agama, menuntut kerajaan hari ini meletakkan jawatan. Lepas satu masalah, timbul lagi satu masalah yang dilakukan oleh pihak pemerintah untuk mengongkong pemikiran rakyat.

Pengongkongan pemikiran rakyat ini amat merbahaya kepada perkembangan dan kemajuan rakyat kerana kita khuatir jika rakyat akan percaya yang cara pengendalian oleh BN merupakan cara untuk menjaga negara yang betul. Ini amat bertentangan dengan kehendak asas pembangunan pemikiran rakyat yang ingin maju untuk menghadapi tuntutan kemajuan global. 

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...