Isu Azmin: MB S’gor berlepas tangan


Beliau sekadar menjawab ‘tiada komen’ dan tersenyum apabila soalan mengenai perkara ini diajukan para pemberita. 

(Free Malaysia Today) – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil sikap berlepas tangan berhubung dakwaan foto lucah seiras Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dengan seorang wanita yang kini tersebar luas dalam berbagai blog.

Beliau sekadar menjawab ‘tiada komen’ dan tersenyum apabila soalan mengenai perkara ini diajukan para pemberita selepas mesyuarat mingguan exco di Bangunan SUK, di sini petang tadi. Beberapa exco yang hadir turut tergelak kecil.

Penyiaran foto lucah itu disiarkan blog pro Umno dan menunjukkan perbuatan seks didakwa antara Azmin dengan seorang wanita di beberapa tempat di sebuah rumah.

Namun Azmin segera menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia hanya bertujuan untuk mengaibkan diri dan keluarganya.

Solidariti untuk wartawan

Sementara itu, kerajaan negeri turut menyatakan sokongan dan mengutuk tindakan ganas polis terhadap para wartawan ketika membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu lalu, dengan mengenakan reben kuning yang diberi sekumpulan pemberita.

Reben kuning itu turut diedarkan kepada rakan-rakan wartawan lain yang bersama-sama membuat liputan sidang media petang tadi. Antara exco yang mengenakan reben kuning itu termasuk Teresa Kok, Ean Yong Hian Wah dan Yaakob Sapari. 

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...