28 April Dikenang Sebagai Hari Kemenangan Rakyat dan Hari Rusuhan Polis!!
che’GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia
Keduanya kalau ada pun kesalahan, ada beberapa peserta demonstrasi tolak halangan polis kerana termakan provokasi tetapi kami tetap tidak langgar perintah mahkamah iaitu kami tidak memijak padang Dataran Merdeka. Namun tolakan terhadap halangan polis itu yang kemudian jelas semua berundur tidak sama sekali menghalalkan rakyat dipukul, cubaan polis menggunakan kenderaan melanggar demonstran di kawasan yang ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah.
Saya melihat sendiri kejadian sekumpulan anggota polis sekitar sejam setengah sebelum saya ditahan saya berada di hadapan Hotel Quality Jalan Raja Laut, bagaimana sekumpulan anggota polis bermotorsikal dan berkereta (termasuk MPV) memandu laju cuba melanggar demonstran dan berhenti serentak mengejar demonstran lalu menarik beberapa yang berjaya ditangkap untuk dibelasah di tengah – tengah kumpulan mereka. Saya yang kebetulan ada di situ bersama beberapa anak muda menegur seorang anggota polis yang menarik tudung seorang wanita tua. Malangnya saya dihalakan pistol dan dijerkah untuk diam.