Muzakarah: Kenapa tolak Islam?


Jika kamu berselisih faham dalam sesuatu perkara maka kembalilah kepada Allah dan Rasul, petikan Surah An-Nisaa’:59. 

(Free Malaysia Today) – “Tukar kebangsaan dengan Islam”, nasihat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Aziz kepada golongan ultra Melayu-Umno sebagai syarat utama untuk bermuzakarah.

Kata Menteri Besar Kelantan itu, kalau Umno nak bersatu (dengan PAS), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa Umno tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

Beliau menyarankan demikian apabila isu muzakarah di kalangan orang-orang Melayu dibangkitkan semula oleh orang-orang Melayu dalam parti perkauman itu yang berusaha mencari jalan untuk menyambung tali hayat mereka pasca pilihan raya umum ke13.

Menurut mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, orang-orang Melayu kini sudah berpecah menjadi tiga puak – PAS, PKR dan Umno.

Semalam Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta PAS tidak mengenakan sebarang syarat untuk bermuzakarah bagi perpaduan umat Melayu-Islam.

“Jika benar-benar Ikhlas untuk berbincang, PAS diminta tidak meletakkan syarat bagi muzakarah dengan Umno,” katanya selepas merasmikan Seminar Kejururawatan sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia peringkat Negeri Kelantan, di Kota Baharu.

Maka di sini kita lihat syarat yang diletakkan oleh Nik Aziz sangat mudah untuk dilaksanakan kerana kita menyedari bahawa hampir 100 peratus orang Melayu di negara ini beragama Islam.

Apa yang susah sangat untuk kita berfikir sebagai seorang Islam terlebih dahulu dari berfikir sebagai seorang Melayu terlebih dahulu dan kemudian Islam.

Nik Aziz bukan menyuruh kita menukar agama. Beliau hanya mahu kita berfikir sebagai seorang yang beragama Islam berbangsa Melayu dan bukan seorang Melayu beragama Islam.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...