Perlu Makanisme Khusus Atasi Gejala LGBT


http://img193.imageshack.us/img193/2373/khirtoyo.jpg

Hari ini kumpulan gay dan lesbian ini tidak segan silu menunjukkan identiti mereka. Seolah-olah mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Khir Toyo

1. Gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender  (LGBT) semakin mendapat perhatian masyarakat dunia. Perilaku luar tabie kumpulan ini bukan sahaja jelas dilarang oleh Islam dan juga agama-agama lain tetapi bertentangan sama sekali dengan kemanusiaan.

2. Namun kumpulan ini semakin berkembang di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Sungguhpun Malaysia mempunyai undang-undang khusus mengambil tindakan terhadap kumpulan ini, namun lobi mereka kian lama kian membesar termasuk menarik simpati dari kalangan ahli politik. Ada juga dakwaan ahli politik tertentu turut terbabit dengan gejala ini. Malahan kedatangan agen pelobi golongan LGBT di kalangan masyarakat Islam, Irshad Manji, juga khabarnya dinaungi ahli politik tertentu yang telah terpalit dengan dakwaan perilaku serupa.

3. Hari ini kumpulan gay dan lesbian ini tidak segan silu menunjukkan identiti mereka. Seolah-olah mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ada antara mereka menyalahkan takdir yang menyebabkan mereka menjadi sedemikian. Mereka juga berselindung di sebalik pandangan-pandangan saintis (yang sebahagiannya juga merupakan pengamal seks sejenis ini)  bahawa apa yang terjadi kepada mereka ialah keadaan semula jadi. Mereka sememangnya dilahirkan sebagai gay dan lesbian maka tidak sewajarnya mereka disalahkan atas keadaan ini.

4. Kumpulan ini juga sering kali menggunakan isu hak asasi manusia sebagai pelindung utama mereka. Sekiranya kita berbicara atau melontarkan pandangan yang anti kepada perbuatan mereka maka kita akan dicop sebagai homophobia. Negara-negara yang menghukum pengamal seks songsang ini akan dianggap ketinggalan zaman dan melanggar hak asasi manusia.

5. Kumpulan juga semakin kuat dari segi kewangan. Mereka menaja ramai pelobi dan pekerja hak asasi manusia agar menyokong ajaran sesat mereka.  Banyak juga ahli akademik Islam dan Kristian yang menjadi alat mereka sehingga sanggup menafikan firman-firman Allah yang jelas sekali melaknati perbuatan seperti ini.

6. Sekiranya kita membiarkan gejala ini berterusan dan berleluasa tanpa tindakan sewajarnya, maka tidak mustahil suatu ketika nanti Malaysia akan menghalalkan kumpulan LGBT ini. Dengan pengikut kumpulan ini semakin membesar dan kemungkinan ahli-ahli politik yang pro mereka makin bertambah, maka suatu hari nanti Malaysia mungkin akan menjadi seperti beberapa negeri di Amerika Syarikat yang meluluskan Undang-undang perkahwinan sejenis.

7. Namun menghalang kumpulan ini melalui undang-undang yang ketat tidak menyelesaikan masalah. Mencerca dan menghina mereka secara berterusan juga tidak akan mengurangkan kumpulan ini jika tidak disusuli dengan usaha alternatif memulihkan mereka yang mahu pulih.

8. Justeru kerajaan perlu mewujudkan mekanisme dan pelan perancangan yang rapi dalam memulihkan kumpulan ini. Bantuan kaunseling, psikologi dan perubatan  perlu ditawarkan secara percuma kepada mereka yang terbabit dalam gejala ini dan mahu pulang ke pangkal jalan. Kumpulan saintis, ahli sosiologi dan agamawan perlu duduk bersama mencari kaedah terbaik bagi mengatasi perilaku dan sikap anti – kemanusiaan ini.

Read more crap at: http://www.drkhir.com/2012/05/perlu-makanisme-khusus-atasi-gejala.html



Comments
Loading...