Malaun ni kata jual nasi lemak, tapi pakai Ferrari dan buat Birthday Party di hotel


Anak Sungai Derhaka
 
Hebat betul Datuk Jamal ni rupanya, katanya berniaga nasi lemak tapi pakai Ferrari dah tu buat birthday party di hotel 5 bintang jemputan pula artis-artis.
Selain dari ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang yang rapat dengan Noh Omar Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md. Yunos yang menganjurkan protes bernama Bersih 4.0 juga telah mendakwa dirinya hanyalah penjual nasi lemak.

Siapa yang kata Datuk Jamal ni Ahli UMNO sila baca di ( SINI )
 

 
Katanya “Kami terdiri daripada peniaga-peniaga. Saya menjual nasi lemak. Jangan kacau periuk nasi kami, Kami mengalami kerugian yang amat besar semasa berlangsung Bersih 1, 2, 3. Siapa yang mahu menanggung kerugian yang kami alami?”

Bagaimanapun kenyataannya itu jelas merupakan ayat seorang munafik yang mahu meraih simpati masyarakat Melayu dan Malaysia amnya apabila terbongkar siapa dirinya yang sebenar.

Kerana beliau bukanlah menjual nasi lemak sebagaimana yang didakwanya tetapi beliau adalah pemilik IBM Automobiles Sdn. Bhd. Yang telah meraikan hari jadinya di Concorde Hotel pada 4 Ogos yang lepas.

Majlis dikendalikan oleh Roslan Shah, antara artis&selebriti yg hadir ialah Ekin Mawi, Nur syela, Datin Noniswara, Pian cecupak, shahera (halimah jongang),Nurul Syuhada (majalah3), Teh Shuhaida (MHI)

Kawan-kawan Datuk Jamal yang meniaga nasi lemak dari Malaysia Ferrari owner Club turut sama meraikan majlis..
 


Comments
Loading...