PAS tegaskan tiada muzakarah dengan Umno


Mohamad Sabu berkata, sekarang masa pilihanraya dan bukan untuk muzakarah. 

(Free Malaysia Today) – Timbalan Presiden PAS, mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak akan mengadakan muzakarah dengan Umno.

Mohamad Sabu menegaskan PAS akan menghadapi Umno melalui pilihan raya dan bukan dengan muzakarah.

“PAS kini mahu menghadapi pilihan raya umum ke 13 dan bukan masa bermuzakarah dengan Umno,” tegasnya.

Pendirian itu bercanggah dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang masih mahu mengadakan muzakarah dengan Umno.

“Muzakarah sudah tidak ada, dekat pilihanraya muzakarah tidak ada. Muzakarah dengan Umno sejak Memali tidak pernah jadi.

“Ia helah Umno untuk menjauhkan penyokong bukan Melayu kepada PAS,” katanya lagi.

Bersih 4.0

Baru-baru ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  dalam sidang media di Kuala Lumpur berkata, soal muzakarah dengan Umno sudah tidak timbul.

Sebaliknya, PAS sedia bermuzakarah dengan NGO-NGO yang belum memahami perjuangan PAS.

Ketika ditanya mengenai Bersih 4.0. Mohamad berkata, ia bergantung kepada jawatankuasa dan PAS sedia menyertainya.

Katanya, jika Jawatankuasa Bersih memutuskan perhimpunan Bersih 4.0, PAS akan menghantar lebih sejuta ahli.

Perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka 28 April lalu dihadiri hampai 100, 000 orang.

 



Comments
Loading...