Buku Irshad Manji: Jais tahan Ezra Zaid


Beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1,800. 

(Free Malaysia Today) – Pengarah syarikat ZI Publication, Ezra Zaid ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal tengah hari tadi, berhubung penerbitan buku “Allah, Kebebasan dan Cinta” oleh penulis kontroversi Irshad Manji.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 16 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) kerana menerbitkan buku yang bertentangan dengan hukum syara’.

Seksyen berkenaan menjelaskan bahawa mana-mana orang yang mencetak, menyiar, menerbit, merakam atau menyebarkan dengan apa -apa cara, buku atau dokumen atau bentuk lain rakaman yang mengandungi apa jua yang bertentangan dengan hukum syara’.

Walau bagaimanapun, beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1,800 dengan seorang penjamin.

Hakim Shahrudin Selamat memutuskan perkara itu di dalam kamarnya di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Kes dibawa ke Mahkamah Syariah Petaling Jaya dan tarikh sebutan akan ditetapkan kemudian.

Maklumat orang ramai

Menurut Pemangku Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad, serbuan ke atas premis itu dilakukan jam 11.30 tengah hari tadi di Merchant Square, Petaling Jaya dan merampas 180 naskah buku berkenaan.

Mohd Shahzihan yang dihubungi berkata, serbuan dibuat melalui maklumat orang awam.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...