‘Saya bukan agen Umno’


http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2012/02/zamil-ibrahim.jpg

(Free Malaysia Today) Zamil mengingatkan Saifuddin Nasution jangan celupar sangat.

Bekas pemimpin KITA, Zamil Ibrahim menegaskan beliau bukan agen Umno untuk membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat supaya menyertai BN.

Menurutnya, beliau juga sudah kaya sebelum menyertai Pakatan Rakyat selepas pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

“Saya mencabar Setiausaha Agung PKR Saifuddin (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) supaya menyiasat hartanah saya dan  keluarga saya di luar negara.

Kalau dia (Saifuddin) boleh siasat kapal selam mengapa tidak boleh siasat hartanah saya dan keluarga saya di lndonesia, Arab Saudi, Jerman, India dan Malaysia,” katanya.

Zamil bekas pemimpin PKR Kedah juga mengingatkan Saifuddin supaya jangan celupar dan jangan kurang ajar.

Katanya, Saifuddin tahu mengenai dirinya hanya 30 peratus.

Read more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/15/saya-bukan-agen-umno/

 



Comments
Loading...