WWW 1: Polis rampas komputer, telefon Nizar


Tindakan ini dipercayai ada kaitan dengan isu mesej Twitter beliau berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW 1. 

(FMT) – Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu tiga barang miliknya telah diambil pihak Polis Johor semalam.

Ianya sebuah komputer pejabat, komputer riba dan telefon bimbit yang diambil dalam tiga operasi geledah di tiga tempat berlainan.

Komputer pejabat diambil sewaktu polis menggeledah di Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang semalam.

Komputer riba pula dihantar oleh anaknya semalam selepas polis menggeledah kediamannya di Sungai Rokam, manakala telefon bimbit dirampas malam tadi ketika beliau berada di sebuah hotel di ibu negara sempena menghadiri sidang parlimen.

“Malam tadi kira-kira jam 9 malam, enam orang polis datang dengan waran mahkamah majistret untuk menggeledah di hotel tempat saya menginap.

“Mereka juga mengambil telefon bimbit Nokia yang saya guna,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ketika ditemui Harakahdaily.

Menurut Nizar, operasi menggeledah dihotel tersebut malam tadi tamat kira-kira jam 11 malam dan beliau memberi kerjasama penuh kepada polis tersebut.

Pejabat operasi digeledah
Semalam polis Johor menggeledah tiga pejabat operasi Nizar masing-masing di Ipoh, Bukit Gantang dan Pasir Panjang.

Difahamkan Operasi yang bermula kira-kira jam 11.30 pagi semalam itu dibuat di Pejabat PAS Negeri, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang, Lumut.

Tindakan sama turut dibuat ke atas kediaman beliau di Sungai Rokam.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...