Gerakan pecat Faekah: Azmin enggan ulas


Orang nombor dua PKR itu tidak bersetuju serangan terbuka dibuat ke atas Faekah. 

(FMT) – Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang didakwa mempunyai kaitan dalam gerakan untuk menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, hari ini enggan mengulas lanjut mengenai hal tersebut.

Azmin sebaliknya berkata tidak mengenali pihak yang terlibat dalam gerakan tersebut, malah tidak bersetuju serangan terbuka dibuat ke atas Faekah.

Beliau menyarankan agar mana-mana individu atau pihak terlibat segera berhenti untuk menyebarkan kempen mahupun gerakan memburuk-burukkan ahli parti.

“Saya tidak mahu ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan. Saya juga beri jaminan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) bahawa PKR negeri akan terus menyokong kepimpinan beliau dan bekerjasama untuk menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Konflik itu adalah perkara biasa dalam mana-mana parti politik. Namun saya tidak bersetuju dengan serangan terbuka kerana dalam parti ada proses untuk sampaikan aduan tersebut,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...