PKR gesa siasat kontrak anak Raja Nong Chik


Nik Nazmi mempersoalkan mengapa kontrak tersebut dimeterai pada 2012 ketika beliau sudah pun menjadi menteri.

(FMT) – PKR mahu Jabatan Audit Negara meneliti kontrak yang dianugerahkan kepada anak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bernilai RM30.8 juta bagi membekalkan kelengkapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bandar Penawar,Johor.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, jawapan diberikan Raja Nong Chik bahawa beliau menerima kontrak tersebut sebelum menjadi menteri tidak menjawab persoalan yang timbul.

Nik Nazmi mempersoalkan mengapa kontrak tersebut dimeterai pada 2012 ketika Raja Nong Chik sudah pun menjadi menteri.

Beliau turut menyarankan agarRaja  Nong Chik mengisytiharkan aset bagi memulihkan kewibawaan imej pemimpin Umno yang selama ini didakwa mendapat projek kerajaan secara rundingan terus.

“Ada beberapa persoalan yang timbul.Mengapakah projek ini diberi secara tender terbuka? Adakah Istijuara Sdn Bhd mempunyai rekod yang baik untuk projek-projek yang sama sebelum ini. Adakah Istijuara Sdn Bhd mempunyai prestasi kewangan yang baik?

“Apakah peranan Raja Farhana, anak Raja Nong Chik di dalam projek ini? Adakah beliau menjadi wakil kepada kepentingan Raja Nong Chik di dalam Istijuara. Adakah Istijuara menerima sebarang lagi projek kerajaan? soal Nik Nazmi.

Beberapa blog sebelum ini mendedahkan kontrak jutaan ringgit itu yang membabitkan anak Raja Nong Chik, Raja Farhana yang dianugerahkan projek secara rundingan terus oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Malah Raja Nong Chik sehingga hari ini tidak membuat sebarang penafian kepada media berhubung hal ini.

Projek itu adalah bagi membekalkan kelengkapan IKBN dan diberikan kepada Istijuara Sdn Bhd.

 



Comments
Loading...