Sewa kelab Syabas naik hampir 4 kali ganda


Setelah Sepang Mekar mengambilalih pengurusan dari MBPJ tahun lalu.

Amirul Azam Zulkafli, FMT

PETALING JAYA: Penyewa premis di Kelab Syabas di Seksyen 8 mendakwa sejak pentadbiran dan pengurusan diambil alih oleh  Sepang Mekar Sdn Bhd sewa bulanan telah meningkat sehingga hampir empat kali ganda.

Sebelum ini, premis tersebut dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

MBPJ telah berjanji untuk mengekalkan kadar sewa PJ Palm Court Sports Center nama baru Kelab Syabas seperti dalam perjanjian dengan Sepang Mekar.

Tetapi para penyewa mendakwa kadar sewa telah dinaikkan setelah diambil alih oleh Sepang Mekar.

Seorang penyewa permis yang enggan dikenali mendakwa sewa premis telah dinaikkan sejak kolam yang terbiar di pusat rekreasi itu dibaikpulih tahun  lalu.

“Kadar sewa yang dinaikkan amat tidak berpatutan, jika hanya dua kali ganda, mungkin kami masih boleh menerimanya, tetapi sewa dinaikkan sehingga empat kali ganda.

“Ia sangat membebankan kami,” katanya ketika ditemui.

Bil elektrik tidak ikut TNB

Selain kadar sewa yang membebankan penyewa, takrif elektrik juga telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dan bukan mengikut takrif Tenaga Nasional Berhad (TNB) seperti di bawah pengurusan MBPJ sebelum ini.

Pihak pengurusan yang ditemui pula menegaskan, kadar sewa  dinaikkan adalah berpatutan kerana bukan hanya kolam renang sahaja yang telah dibaikpulih, tetapi semua kemudahan di kompleks itu telah dinaiktaraf bagi keselesaan pengunjung.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...