Selangor mahu pecat Pengerusi Syabas


Kerajaan negeri memberi alasan pemecatan ini akan menjimatkan kos operasi RM5.1 juta setahun. 

(FMT) – Kerajaan Selangor akan membuat cadangan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk memecat Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Rozali Ismail.

Kerajaan negeri memberi alasan pemecatan ini akan menjimatkan kos operasi dari gaji Pengerusi Eksekutif Syabas  berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun.

Pemecatan tersebut merupakan hasil penelitian dan cadangan jawatankuasa pemantauan Syabas yang ditubuhkan kerajaan negeri, kata Menteri Besar dalam satu kenyataan media.

Jawatan itu dipengerusikan oleh  Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor lanjutan daripada kenyataan dan cadangan untuk membuat catuan air yang diumumkan oleh Syabas.

Abdul Khalid berkata, jawatankuasa ini  memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan Syabas dan kedudukan semasa pembekalan air kepada pengguna termasuk meninjau sendiri di tapak masalah kekurangan bekalan air yang dicanangkan oleh syarikat itu.

Jawatankuasa ini kata beliau akan mengkaji cadangan penambahbaikan dan pemulihan ke atas masalah bekalan air yang dihadapi.

Berikutan itu, Syabas telah diminta membentangkan dan melaporkan kepada Jawatan kuasa tersebut perkara-perkara berikut:-

Pengeluaran air harian

Pengeluaran air harian bagi setiap loji air dan paras empangan;

Permintaan air berdasarkan bil air (metered consumption) dari Januari  2012 hingga sekarang;

Unjuran permintaan air yang disediakan oleh Syabas;

Maklumat mengenai paras kolam utama (balancing reservoir – terminal reservoir -service reservoir).

Kawasan yang mengalami masalah gangguan bekalan air ;

Maklumat terperinci mengenai rangkaian paip air utama termasuk kolam air hingga ke kawasan yang bermasalah termasuk NRW

Punca-punca utama (micro) yang menyebabkan kawasan tersebut mengalami masalah air

Pelan tindakan kecemasan yang disediakan oleh pihak Syabas.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...