JAWAPAN KEPADA ISU DALAM MALAYSIA TODAY 10 JANUARI 2012 OLEH RAJA PETRA BERHUBUNG PERLANTIKAN PANEL PEGUAM


Merujuk kepada perkara di atas, Majlis Bandaraya Petaling Jaya merasa kesal diatas gambaran salah yang telah diberikan didalam blog itu. Isu ini telah lama diperjelaskan oleh Majlis tetapi masih lagi dibangkitkan. 

Dengan ini Majlis dengan tegas ingin memberi penjelasan semula supaya perkara ini tidak berbangkit supaya tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan salah sangka tentang amalan perlantikan panel peguam.

1.                  Adalah menjadi amalan Majlis untuk mengekalkan firma guaman yang sama dalam mengendalikan kes-kes saman yang melibatkan isu undang-undang  yang sama supaya dapat mengekalkan “consistency” di dalam pembelaan kes Majlis.

2.                  Berhubung dengan Tetuan Daim & Gamany, firma ini telah dilantik pada peringkat awal untuk mengendalikan kes saman Ganad Media terhadap MBPJ. Apabila Majlis menerima kes saman Laguna, firma ini juga disyorkan oleh Unit Perundangan untuk mengendalikannya kerana ia melibatkan isu undang-undang yang sama. Perkara ini adalah selaras dengan amalan yang biasa diamalkan oleh Majlis di atas sebab yang dinyatakan di perenggan 1.

3.                  Berhubung dengan pembabitan Encik Derek Fernandez, dia tidak mempengaruhi mana-mana perlantikan dan beliau telah di tanya pendapatnya tentang amalan MBPJ dan dia telah menjelaskan kepada Yg. Bhg. Datuk Bandar dan Unit Perundangan bersetuju dan mengesyorkan juga supaya Tetuan Daim & Gamany dilantik untuk mengendalikan kes Laguna atas sebab-sebab mempunyai isu undang-undang yang sama dengan tujuan mengekalkan “consistency” di dalam pembelaan kes Majlis.

4.                  Dasar Majlis, pertalian politik adalah tidak relevan dalam perlantikan peguam. Peguam adalah dilantik daripada panel peguam yang didaftar dengan Majlis Peguam dan mempunyai Sijil Daftar yahg sah berwibawa dan mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Dalam perkara perlantikan panel peguam, kuasa melantik adalah di bawah kuasa Datuk Bandar sahaja. 

5.                  Ahli-ahli Majlis tidak boleh melantik firma peguam dan hanya memberi pandangan secara kolektif tentang kebolehan dan/atau kepakaran sesebuah firma guaman untuk mengendalikan sesuatu kes Majlis berdasarkan kriteria berikut:
i.                    Kepakaran firma guaman dalam mengendalikan sesuatu kes yang rumit.
ii.                  Sebutharga yang ditawarkan adalah dalam batasan dasar skala fi guaman
iii.                Prestasi dan kejayaan firma dalam pengendalian kes.

6.                  Sejak tahun 2008 sehingga 2011, firma guaman Daim dan Gamany hanya mengendalikan empat (4) kes daripada jumlah keseluruhan sebanyak 53 kes. 

Sekian, Diharapkan penjelasan ini menjawap semua persoalan yang dikemukakan oleh tuan.

 

Disediakan oleh,

Unit Perhubungan Awam
b/p Datuk Bandar,
Majlis Bandaraya Petaling Jaya



Comments
Loading...