APA?? Rosmah Mansor pakai jam tangan bernilai RM350,000?


Anak Sungai Derhaka

Beberapa ketika dahulu rakyat 1Malaysia telah dikejutkan dengan beberapa acessories milik Rosmah Mansor antaranya bag tangan ‘Birkin’ yang mencecah ratusan ribu RM dan juga ‘Bangle’ atau gelang tangan yang bernilai jutaan RM dan cincin RM24Juta.

Rosmah Mansor dikatakan memiliki sekurang-kurangnya  11 beg tangan mewah jenama Birkin dianggarkan  Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan.

Bagi beg edisi terhad miliknya pula harga sebuah beg tangan dikatakan mencecah RM28,000 (US$ 9,000) hingga RM472,000 (US$150,000) bagi setiap satu.. sila baca di ( SINI )

Cincin berlian yang dikenali sebagai ‘Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut” miliknya itu berharga lebihkurang RM24 Juta.. sila baca di ( SINI )

Kali ini kita akan melihat lagi koleksi barangan mewah milik  Rosmah Mansor iaitu jam tangan pula..

Terkini koleksi yang jam tangan yang dipakai Rosmah dalam satu majlis yang dihadirinya di Vietnam berjaya dirakam lensa kamera…

Ianya dikatakan  dikatakan bernilai antara £70,000 – £100,000. Dan harga tersebut tidak termasuk duti import lagi…

Atau dalam nilai RM lebih kurang RM350,000 hingga RM500,000 sahaja..

Dengan mengambil kira gaji minimum baru bagi Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak RM900 manakala di Sabah dan Sarawak diletakkan pada paras RM800.. rakyat Malaysia perlu mengambil masa selama seperti perkiraan di bawah untuk memilikinya..

RM900 x 12 (bulan) = RM10800 x 46 tahun 4 bulan = RM500,400

Ini bermakna mereka memerlukan sekurang-kurangnya 46 tahun lama untuk memiliki jam tangan mewah berjenama Franck Muller ini..

 
Read more at: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/09/apa-rosmah-mansor-pakai-jam-tangan.html
 
 


Comments
Loading...