Ribuan umat Islam ‘menyerbu’ Kedutaan Amerika


Fazy Sahir and Jamilah Kamarudin, FMT

Kira-kira 5,000 umat Islam berkumpul di kawasan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak selepas berarak dari Masjid Al-Syakirin di KLCC kira-kira satu kilometer.

Kelihatan kira-kira 200 anggota polis dikerahkan mengawal keadaan sekitar kedutaan dan Jalan Tun Razak.

Perarakan sekurang-kurangnya 5, 000 orang itu turut disertai oleh pemimpin PAS dan PKR serta NGO-NGO Islam. Antara yang kelihatan ialah Naib Presiden PAS, Sallahuddin Ayub dan Ketua Pemuda, Nas udin Hasan.

Manakala pemimin PKR yang kelihatan ialah dua Naib Presiden iaitu Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.

Kedutaan  ditutup sejak jam 11 pagi berikutan anjuran demonstrasi aman membantah filem ‘Innocence of Muslims’.

Dalam ucapannya, Tian Chua berkata, kita tak benarkan sesiapa menghina agama yang lain.

“Perkara ini bukan saja perjuangan Islam, ini isu kemanusiaan. Sesiapa yang menghina agama lain, ini merupakan penghinaan kepada semua manusia sejagat.

“Kita bersama-sama menunjukkan solidariti kawan kita kepada umat Islam penghinaan ini tidak dibenarkan oleh mana-mana pihak.

“Ini isu maruah seluruh rakyat Malaysia dan ini harus dihentikan. Kita sebulat suara mendesak US dan mana-mana kerajaan pun untuk membela maruah islam dan mana-mana agama supaya penindasan dihentikan.

“Hari ini orang islam, esok mungkin orang Sikh, esok mungkin agama Kristian. Jadi mari bersama-sama  pertahankan prinsip manusia tanpa mengira agama,” katanya.

Manakala perhimpunan membantah filem anti Islam, ‘Innocence of Muslims’ di Masjid Jamek, Kampung Baru di sini, berlangsung  anman dan disertai ribuan orang.

Laungan ‘Allahuakbar’ tanpa henti manakala  Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam berucap di atas sebuah van di hadapan pintu utama Masjid Jamek yang diikuti pemimpin-pemimpin lain.

Mereka termasuk Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin, dan  Naib Ketua yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Jati, Datuk Hasan Ali.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...