Azmin: Kabinet bayangan pandangan peribadi Shuhaimi


Senada dengan Naib Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw semalam, Azmin berkata hal itu tidak pernah dibangkitkan sama sekali dalam mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat mahu 

Jamilah Kamarudin, FMT

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyifatkan dakwaan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei bahawa 20 pemimpin parti akan menerajui jemaah menteri hanya sebagai pandangan peribadi semata-mata.

Senada dengan Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw semalam, Azmin berkata hal itu tidak pernah dibangkitkan sama sekali dalam mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

“Saya tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Saya tidak pernah tengok senarai tersebut. Saya pun tidak tahu menteri apa yang saya jawat. Itu hanya pandangan peribadi Shuhaimi
sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff menyifatkan dakwaan Ahli Dewan Undangan (Adun) Sri Muda itu satu kenyataan tak rasmi PKR dan sengaja disabotaj.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR turut menafikan sekeras-kerasnya kewujudan kabinet bayangan, sebaliknya satu Jawatankuasa Pakatan yang ditubuhkan sejak 2008 bagi menangani isu-isu nasional.

`Tiada kabinet’

“Setahu saya tiada kabinet, yang ada satu jawatankuasa Pakatan. Saya baru pulang daripada rapat pimpinan Nasional PKR di Shah Alam minggu lalu dan isu ini tiada langsung pernah dibangkitkan.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata perebutan jawatan dalam kabinet tidak perlu dijadikan isu sebaliknya dasar yang akan dilaksanakan Pakatan sekiranya mentadbir Putrajaya.

“Kita tak berminat tentang personaliti sebaliknya dasar.

“Kalau Najib nak cabar Pakatan tentang kabinet bayangan kenapa BN tak wujudkan sendiri di empat negeri yang ditadbir Pakatan? BN kena konsisten dalam hal ini.

Isu kabinet bayangan bangkit selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkannya sebelum berangan-angan menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).

 



Comments
Loading...