Pendedahan syarikat ‘pengantara’ yang mengambil komisyen dalam minit mesyuarat Persatuan Bekas Polis Malaysia yang turut menyebut Presiden MCA
che’GuBard
Syarikat yang dibayar komisyen 40% dari sumbangan kebajikan tersebut dikenali sebagai KT Solution Enterprise. Berdasarkan pendaftaran syarikat bertaraf Enterprise ini sepatutnya melakukan perniagaan membekal, membaiki Komputer, membekal alat ganti serta pengurusan pekerja, maka muncul persoalan dari pendaftaran tersebut di manakah hak syarikat tersebut mengutip komisyen? Apakah SSM tidak tahu perkara ini atau SSM cuma mengambil tahu pendaftaran SUARAM kerana tekanan pihak tertinggi negara kerana ketakukan isu pendedahan skandal kapal selam yang dilakukan.
Kami percaya dan yakin ini bukan aktiviti memungut komisyen yang pertama kali, maka seharusnya serbuan dibuat kepada syarikat tersebut dan merampas semua dokumen maka akan terbongkar berapa juta sebenarnya sudah terkumpul atas nama komisyen dari wang kebajikan yang diambil sebagai orang tengah? Bagaimana pula nama Datuk Seri Chua Soi Lek yang turut disebut dalam dokumen tersebut. Berapa banyak lagi kutipan derma atau dana kebajikan yang terpaksa dipotong atas nama komesyen pengantara?
Ini semua membuktikan berapa juta pun buget negara menyebut peruntukan untuk kebajikan dan seumpamanya ia tidak akan membawa apa makna kerana sebahagian besar akan tiris dan tidak sampai ke pihak yang sewajarnya. Malang sekali dalam belanjawan kali ini langsung tidak menyebut bagaimana usaha regim untuk menangani ketirisan yang berlaku dan amat parah.
Berkenaan Persatuan bekas Polis Malaysia, rupanya persatuan ini dalam kemelut yang teruk dan bukan sedikit aduan polis, SPRM dan aduan kepada pendaftar pertubuhan dibuat. Namun persatuan yang turut memuatkan nama Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Hishamuddin Hussien sebahagia penasihat terus terbiar dalam kemelut tidak berpenghujung. Bukan itu sahaja Datuk Seri Rais Yatim juga tersenarai sebagai penasihat tabung kebajikan iaitu tabung yang diseleweng dengan membayar komisyen orang tengah. Adakah mereka ini sekadar meletakkan nama atas kepentingan politik semata? YB Datuk Wan Junaidi juga tersenarai sebagai Naib Presiden.
Setiap kali kebelakangan ini bekas tentera mendapat juga habuan dari belanjawan yang dibentang (itupun atas ketakutan regim kerana untuk memujuk semula ramai bekas tentera yang mula beralih untuk menyokong PR), malangnya bantuan kepada bekas polis kelihatan sedikit kebelakang, adakah ini kerana persatuan bekas polis yang pengurusannya bermasalah?
Kami pendokong PR biarpun dipukul oleh polis namun kami sedar ia atas arahan siapa. Kami terus berbesar hati membela kebajikan anggota polis. Kini setelah sedar bahawa bekas polis juga mengalami masalah dan wang peruntukan kebajikan mereka di kianat juga kami muncul ke depan membela dan mengenengahkan isu.
SAMM dua hari berulang ke parlimen Malaysia menemui beberapa ahli parlimen untuk mengenengahkan perkara ini. Akhirnya ahli parlimen Bakri (DAP) dan Jerai (PAS) bersetuju membawa perkara ini dalam ucapan perbahasan mereka.
Persoalanya kini adakah ia juga akan disapu dibawah permaidani?