Kerjasama dalam Pakatan berpaksi Tahaluf Siyasi


Pakatan Rakyat adalah satu pemuafakatan politik dalam konsep Tahaluf Siyasi yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam. 

(FMT) – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa hubungan PAS dengan parti lain (PKR dan DAP) dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan Tahaluf Siyasi yang berpandukan nas Al Quran dan As Sunnah.

“Pakatan Rakyat adalah satu pemuafakatan politik dalam konsep Tahaluf Siyasi yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam,” kata beliau dalam blog rasminya.

Menurut Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang -undang tubuhnya (Perlembagaan).

“Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan  dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan Umno,” tegas beliau.

Ujarnya, “begitu juga hubungan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan di antara komponen Barisan Nasional (BN) yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran, As-Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias.

Katanya, PAS bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara yang dialami oleh seluruh rakyat.

“PAS bekerjasama dalam menentang amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, hingga menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah,” tambahnya.

Umno yang mewakili Melayu Islam dalam BN mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak tahumembezakan di antara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...