Suaram didakwa pernah gugat kestabilan Indonesia
Menurut beliau, pada lewat 90-an badan bukan kerajaan (NGO) itu pernah mengatur beberapa program, bengkel dan mesyuarat meminta campur tangan dunia luar terutama dari Barat dalam isu Timor Timur ini.
“Campur tangan Suaram tentang isu Timor Timur dalam Wilayah Indonesia telah menyebabkan Indonesia kehilangan wilayah tersebut dan kini telah wujud sebuah Negara Kristian – Timor Leste.
“Jangan pandang remeh keupayaan Suaram dalam apa-apa isu yang melibatkan keselamatan negara ini. Pemerintah wajar tegas,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Zamil turut mendakwa, pada ketika itu Setiausaha Pemuda Umno Datuk Saifuddin Nasution Ismail (kini Setiausaha Agung PKR) bersama beberapa Exco Pemuda Umno pernah ceroboh masuk dalam satu program isu Timor Timur anjuran Suaram di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
“Individu yang ada dalam program kacau Indonesia ketika itu kini ada dalam Parlimen Malaysia dan ada di Dewan Negeri terutama di Selangor dan ada yang pegang jawatan dalam PKR.
“Mereka ini ada dalam parti yang di pimpin oleh (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang sebahagian kecil rakyat Indonesia puja ini.
“Hairan dalam isu ini sebab penderitaan umat Islam di Mindanau (Filipina), Rohingya (Myanmar), Selatan Thailand dan di Gaza (Palestin) tidak pulak ada dalam agenda Suaram,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mencabar Saifuddin supaya menafikan dakwaan ini.
Beliau berkata, beliau tidak terkejut jika fail-fail yang pemerintah inginkan dari Suaram kini boleh berada di Timor Leste.