FORUM: “Bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat akan membelanjakan wang rakyat”


http://1.bp.blogspot.com/_bBKwCKWoeEo/SI0NitJbCXI/AAAAAAAAA40/BF0EM1L2wW4/s400/2.jpg

Bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat akan membelanjakan wang rakyat

Semua pemerhati politik dan orang awam dijemput hadir bagi mendengar dan mengambil bahagian dalam wacana ini.

2 Oktober 2013
8:00 malam
Tingkat 1, Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.

Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa roketkini.com akan menganjurkan satu wacana umum bertajuk “Bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat akan membelanjakan wang rakyat” pada hari Isnin, 22 Oktober 2013, jam 8 malam bertempat di Tingkat 1, Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.

Wacana kali ini akan dibarisi oleh tiga orang panelis iaitu YB. Charles Santiago MP Klang, YB Dr. Siti Mariah Mahmud MP Kota Raja dan Sdr. Rafizi Ramli Pengarah Strategi PKR. Moderator untuk wacana ini ialah Sdr. Dr. Ong Kian Meng.

Fokus wacana pada kali ini akan membincangkan tentang beberapa segmen penting dalam Belanjawan Pakatan Rakyat yang telah dibentangkan baru-baru ini.

Untuk makluman semua pihak, wacana ini adalah percuma. Semua pemerhati politik dan orang awam dijemput hadir bagi mendengar dan mengambil bahagian dalam wacana ini.



Comments
Loading...