Bekas MP PKR dakwa kerajaan Selangor anti-Hindu


Gobalakrishnan berkata kenyataan oleh Ahli dewan undangan negeri Sri Andalas Dr Xavier Jeyakumar mencerminkan sikap sebenar kerajaan negeri yang jelas anti-Hindu.

Md Izwan, The Malaysian Insider

Ahli parlimen (MP) bebas N. Gobalakrishnan menuduh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sebagai anti-Hindu kerana meluluskan projek pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue berhampiran dengan tempat beribadat penganut Hindu di Batu Caves.

Dalam sidang media di Parlimen pagi tadi, MP Padang Serai tersebut berkata kenyataan oleh Ahli dewan undangan negeri (Adun) Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar mencerminkan sikap sebenar kerajaan negeri yang jelas anti-Hindu.

“Dr Xavier berkata tempoh hari bahawa kerajaan negeri tidak boleh ‘give in’ terhadap permintaan pihak kuil yang membantah projek tersebut.

“Apakah maksud Xavier untuk berkata begitu? Adakah ini bermaksud yang beliau mementingkan hal-hal lain daripada kepentingan rakyat yang patut didahulukan?,” kata Gobalakrishnan.

Gobalakrishnan juga mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Selangor yang tidak melantik ahli mesyuarat kerajaan negeri (exco) dikalangan mereka yang menganut agama Hindu.

“Jika terdapat exco beragama Hindu pastinya projek ini akan dihalang. Sememangnya penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua umum PKR adalah anti-Hindu,” tambah beliau lagi.

Sabtu lalu, exco negeri Selangor Ronnie Liu telah mendedahkan mendedahkan dokumen lengkap “Kebenaran Merancang” yang diluluskan pada 30  November 2007 selepas persidangan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC).

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...