SAMM rakam pujian buat kerajaan negeri yang tangguh/halang AES dan SAMM terus ajak rakyat desak henti AES


http://2.bp.blogspot.com/-4V_-2pL43dw/UI9asK-TqnI/AAAAAAAAHU8/ISIO_1568oE/s320/58886_521296827898465_1097735277_n.jpg

AES celaru, ramai bantah khususnya dilokasi mengarut seperti 30km/j

Jika ada masalah tidak ada ruang rayuan terpaksa terus hadir ke mahkamah dan rayuan atau masalah diutarakan dalam mahkamah sahaja. Bertambah sibuklah mahkamah negara.

Yaser Sheikh Abd Rahman, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia 

  1. Pelaksanaan AES terus mendapat bantahan termasuk beberapa pihak dari sebelah regim penguasa namun regim terus berkeras untuk melaksanakan. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini memuji tindakan Kerajaan Negeri Kedah, P.Pinang, Selangor dan Kelantan yang telah mengumumkan penangguhan sistem ini dilaksanakan di negeri – negeri tersebut. SAMM juga mencabar negeri lain untuk mengikuti langkah berani negeri yang menghalang pelaksanaan AES demi menjaga kepentingan penduduknya.

    kenapa bazirkan wang rakyat ? hujah AES tak guna wang rakyat tipu !
  2. Regim berhujah tidak ada wang negara (wang rakyat) digunakan dalam perlaksanaan AES, ini satu pembohongan. Lihat gambar yang didedahkan oleh seorang peguam KASE, Zul Hazmi dalam laman sosialnya wujud kenderaan JPJ khusus untuk perlaksanaan AES. Adakah kenderaan ini tidak guna wang rakyat, seharusnya ‘mobile unit AES’ ini diwujudkan oleh syarikat yang membuat  untung beratus juta itu bukan habiskan peruntukan wang rakyat melalui JPJ lagi.
    dah terlaksanan AES baru nak bagi tender advokasi ? Kenapa tidak syarikat yang untung juta itu saja yang keluar peruntukan sedikit untuk membayar propaganda mengenai AES ini

    Itu belum lagi melihat bagaimana Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah membuka tender advokasi media untuk membuat propaganda bagi rakyat menerima AES, berapa banyak pula wang rakyat akan terbazir lagi? Kenapa bukan syarikat itu saja mengeluarkan bajet kempennya sendiri?

  3. sebelah kiri saman lama yang minta maklumat pemandu dan disebalh kanan ialah
    saman AES yang tidak boleh pertikai terus kena maksima
  4. Pengguna jalanraya juga perlu tahu bagaimana sistem saman AES ini dilakukan. Ia bukan lagi notis seperti POL107A seperti yang dihantar selalu yang meminta butiran siapa pemandu untuk dikeluarkan saman, jika tidak dijawab baru pemilik akan disaman. Tetapi melalui AES saman terus dikeluarkan atas nama pemilik kenderaan dan kompoun maksima ditawarkan RM300 terus. Jika ada masalah tidak ada ruang rayuan terpaksa terus hadir ke mahkamah dan rayuan atau masalah diutarakan dalam mahkamah sahaja. Bertambah sibuklah mahkamah negara.
    Kamera AES di Slim River rosak kerana tapak nya yang tak kukuh, kalau dah pakar rasuah dan ketirisan bukan stadium runtuh pasang kamera pun runtuh.
  5.  Regim ini nampaknya begitu terdesak untuk mengutip wang rakyat dengan menggunakan sistem yang lemah seperti AES, mungkin benar ini semua kerana regim benar – benar terdesak dan bermasalah dalam aliran tunai maka rakyat menjadi mangsa. Maka sekali lagi SAMM tegaskan jangan salahkan rakyat jika ada yang mula bertindak merosakkan kamera AES yang jelas menganiaya rakyat. Sudah pun kelihatan beberapa imej kamera AES ini tumbang dan rosak tersebar dalam internet. Cuma sebab tidak kenalpasti sama ada dirosakkan atau kenapa ? 

Sekian 



Comments
Loading...