Yang Kamu Semai, Itulah Yang Kamu Tuai!


Tanda-tanda UMNO kalah sudah menjadi nyata. Orang UMNO tidak pernah sasau melakukan kekasaran, membuang poster lawan, menyimbah cat dan membaling batu, mengacau ceramah parti lawan, membuat ugutan fisikal, menyekat pergerakan pihak lawan dan sebagainya. UMNO Dato Onn sehingga UMNO Hussein Onn tidak pernah melakukan perkara ini.

Sakmongkol AK47

Saya ada membaca suatu berita yang menyatakan bahawa orang Melayu Johor akan menyekat kemaraan PR. Kenyataan itu boleh jadi ada kebenarannya. Tambahan pula PR tidak pernah menyasarkan kemenangan total di Johor. Kita pun tahu, mustahil lah UMNO kalah semua. Mereka akan menang di Pekan. Mereka menang di Pagoh. Kita hanya menyatakan UMNO akan kalah secukupnya untuk membolehkan PR memerintah.

Kita tahu UMNO cukup kuat di Johor dan orang Melayu Johor cukup tebal dengan semangat keUMNOan mereka. Bacaan harian mereka selepas Subuh selain Yasiin, ialah Utusan Malaysia dan tontonan mereka ialah TV3. Kita semua tahu jenis orang Melayu yang membaca dan menonton dua jenis media ini. Itulah yang menerangkan mengapa Melayu Johor sokong UMNO.

Namun, terdapat juga kelompok Melayu yang sedar bahawa sokongan membabi buta kepada UMNO adalah merugikan. Sokongan kepada manusia adalah sokongan bersyarat yakni qualified support bukannya absolute support. Kita menyokong kerajaan dan pemerintah selagi mereka bersikap adil.

Atas dasar itu, untuk negeri Johor cukup setakat 9-12 kerusi parlimen jatuh ketangan PR. Bila PR pegang Kerajaan Persekutuan, kita akan tahu asal usul MP dan ADUN UMNO. Belum sempat teh tarik segelas habis, mereka akan lompat masuk PR.

Biarlah mereka berada dalam alam mimpi mereka. Mereka tidak terbayang bahawa UMNO akan tewas. Tapi 2008 membuktikan bahawa UMNO tidaklah sekuat yang mereka sangkakan. Calon UMNO pun hanya memperolehi 2 juta undi orang Melayu. Majority Melayu sudah menolah UMNO. Ertinya, bumi di atas mana mereka berpijak sudah berganjak dan beralih. Profail pengundi telah berubah. Rakyat memiliki kesedaran social yang kian meningkat.

Pemerintah dan kerajaan tidak lagi di lihat sebagai sesuatu yang memaksa ke atas mereka; kerajaan dan pemerintah ada suatu wadah yang melaluinya, rakyat mencapai matlamat dan objektif-objektif tertentu. Ertinya, rakyat mulai sedar, bahawa baik atau jahat sebuah kerajaan bergantung kepada mereka yang membentuknya. Bila mereka sedar meraka yang sebenarnya berkuasa, maka kuasa untuk membetulkan keadaan pun ada dalam tangan mereka.

Maka hari ini, kesedaran sosial yang paling bernilai ialah kesedaran bahawa pemerintah yang adil adalah pemerintah yang disembah, pemerintah yang tidak adil adalah pemerintah yang disanggah. Sementara pemimpin UMNO korap dan bongkak, orang Melayu sudah bertambah yakin kepada diri mereka sendiri.

Tanda-tanda UMNO kalah sudah menjadi nyata. Orang UMNO tidak pernah sasau melakukan kekasaran, membuang poster lawan, menyimbah cat dan membaling batu, mengacau ceramah parti lawan, membuat ugutan fisikal, menyekat pergerakan pihak lawan dan sebagainya. UMNO Dato Onn sehingga UMNO Hussein Onn tidak pernah melakukan perkara ini.

Hari ini semua perkara ini suatu kebiasaan kepada ahli UMNO seolah olah pemimpin UMNO mengajar anak buah nya tidak disiplin. Ini semua menandakan UMNO sudah berada dalam keadaan cemas. UMNO sanggup mencetuskan kacau bilau apabila melihat zaman pemerintahannya akan berakhir.

Kalau UMNO mempunyai rekod yang baik seperti yang dipekikkan oleh Dato Najib, apakah yang hendak ditakutkan?  Bukankah kita hanya perlu menunjukkan satu jari, semua masalah akan selesai?
 
Read more



Comments
Loading...