‘Tiada orang Islam mahu saudaranya murtad’


Khalid Ibrahim

(FMT) — MB Selangor berpendapat siasatan Jais terhadap Nurul Izzah sebagai tindakan positif untuk membuka perbincangan sesama Islam.

“Tiada orang Islam yang mahu saudaranya meninggalkan agama (murtad),” demikian menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar baru-baru ini.

Abdul Khalid berpendapat siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Nurul Izzah sebagai tindakan positif untuk membuka perbincangan sesama Islam.

“Malah menjadi tanggungjawab Jais untuk bertindak pro-aktif dan memahami maksud sebenar kenyataan tersebut sekaligus menyelesaikan kekeliruan yang timbul.

“Saya dapati ada sesetengah laporan berita yang telah lari konsep awal (maksud sebenar) termasuk Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan berita seolah-olah kenyataan Nurul Izzah itu ke arah ‘kenerakaan’.

“Pada saya ini perkara ini tidak betul dan kita perlu selesaikan dengan baik demi kebaikan umat Islam bersama,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco di sini semalam.

Nurul Izzah dalam sebuah forum Sabtu lalu berkata bahawa rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuklah orang Melayu adalah salah.

Abdul Khalid yang juga Exco Agama turut menyokong dan memuji kesediaan Nurul Izzah untuk bertemu Jais.

Read more

 



Comments
Loading...