70% rakyat Selangor sokong Umno-PAS bergabung


Berdasarkan satu kajian yang dijalankan majoriti penduduk negeri ini yang berbilang kaum mahu dua parti itu mengenepikan perbezaan politik.

Jamilah Kamarudin, FMT

Sebanyak 70 peratus rakyat Selangor bersetuju supaya Umno dan PAS bergabung bagi tujuan mempertahankan agama Islam dan kepentingan Melayu.

Bekas Setiausaha PAS Selangor Norman Toha, kajian yang dijalankan sebuah agensi perunding menunjukkan majoriti penduduk Selangor yang berbilang kaum mahu dua parti itu mengenepikan perbezaan politik dan bergabung tenaga.

“Kalau mengikut kaji selidik yang dibuat sekitar Mac 2012, 70 peratus penduduk mengharapkan satu kerjasama yang baik antara PAS dan Umno untuk mempertahankan Melayu-Islam,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan wacana ‘Mengembalikan PAS ke Landasan Asal’ pagi tadi di Hotel Vistana di sini hari ini.

Wacana tersebut menurut Norman dianjurkan atas inisiatif individu ahli PAS yang mahu suara rungutan mereka diberikan perhatian.

Katanya, peserta wacana itu terdiri daripada pemimpin dan penyokong akar umbi yang mahu memberikan pandangan serta luahan tentang kecelaruan hala tuju parti yang semakin tersasar daripada perjuangan asal.

Resolusi wacana

Wacana tersebut juga berjaya mencapai 11 resolusi yang mengandungi desakan supaya parti dan pemimpin PAS kembali kepada landasan Islam yang sebenar.

“Mungkin kita akan ajukan resolusi ini kepada pemimpin tertinggi dalam masa tersekat.

“Harapan kami supaya mereka (pemimpin PAS) agak terbuka menerima pandangan peringkat akar umbi yang sebenarnya sudah lama disuarakan,” katanya.

Sebelas resolusi tersebut adalah:

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...