UMNO sudah kehilangan hidayah
Oleh kerana pimpinan UMNO kurang berkemampuan untuk berfikir, kali ini biar rakyat yang memikirkannya dan kita lihat apa yang mereka (rakyat) lakukan tidak lama lagi dalam pilihanraya nanti.
Dalam politik, persepsi rakyat itulah yang menjadi penentu samada parti itu kekal kukuh atau dilontarkan jauh-jauh oleh rakyat. Sebenarnya UMNO sememangnya sudah patut diketepikan lama dahulu kerana isu besar yang telah menyakitkan rakyat begitu banyak di hadapan mata kita.
Aspan Alias
Masalah UMNO ialah masalah yang diwujudkan olehnya sendiri. Tengku Adnan Mansor berkata, sebenarnya UMNO itu tidak ada masalah, hanya parti itu menghadapi masalah persepsi sahaja. Kata-kata Setiausaha Agong UMNO ini menampakkan satu fenomena, iaitu parti itu benar-benar terasa masalah-masalah yang dihadapi oleh parti itu. Hishamudin, Menteri Dalam Negeri, juga pernah berkata persepsi buruk itu telah berjaya di tempelkan kepada UMNO dan semua sekutu nya dalam BN oleh pihak-pihak yang berkempentingan.