Dewan Ulamak: Hadi paling layak jadi Perdana Menteri


Berikutan itu, tegas wakilya Mohd Asri Daud adalah tidak sepatutnya ahli dan pemimpin berkempen supaya orang lain menjadi Perdana Menteri.

Muda Mohd. Noor, FMT

Dewan Ulama PAS tetap mahukan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum ke 13.

Berikutan itu, tegas wakilya Mohd Asri Daud adalah tidak sepatutnya  ahli dan pemimpin berkempen supaya orang lain menjadi Perdana Menteri.

“Datuk Seri Presiden yang paling layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana kita mahu pemimpin yang baik.

“Apa guna kita menang pilihanraya tetapi kita tidak boleh tegakkan Islam,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di muktamar ke 58 di Kota Baru hari ini.

Sebelum ini komponen Pakatan Rakyat yang disertai PAS, PKR dan DAP setuju melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menang pilihanraya umum ke 13.

Manakala dalam ucapannya, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw, untuk menang PRU, PAS  memerlukan perancangan yang jitu.

Beliau mencadangkan PAS menubuhan pasukan khas untuk mengumpul data serta melancarkan perang saraf menjelang pilihanraya.

“Jika PKR ada bas, DAP ada lori, PAS boleh beli kapal terbang tetapi yang ada enjin supaya boleh terbang,” katanya.

Beliau juga mencadangkan mesyuarat PAS menjemput DHPP bagi sama-sama menguatkan parti.

Beliau juga memberitahu, sokongan orang Cina kepada PAS bertambah apabila Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyerang PAS.

 



Comments
Loading...