LIVE dari Singapura ‘Siaran Langsung Taklimat Scorpene Oleh Peguam Perancis’
Tarikh: 27 November 2012 (Selasa)
Masa: 12.00 tghari
Lokasi: KLSCAH (Dewan Himpunan Cina KL/Selangor)
Telah yang dijangkakan, peguam dari Perancis akhirnya tidak diberi laluan untuk membuat taklimat mengenai isu Scorpene di Malaysia dan terpaksa memilih Hotel Changi Village, Singapura sebagai lokasi alternatif menyampaikan taklimat.
2 – apa peranan Altantuya
3 – siapa dia Aminah Abdullah?
4 – siapa dapat passport Malaysia?
BAGAIMANA DUIT DIBAYAR
– syarikat siapa?
– alamat di mana?
– siapa tuan yang ambil duit?
APA PERANAN NAJIB
– di mana mereka berjumpa?
– kenapa Altantuya dibunuh?
SEMUA INI DALAM TANGAN PEGUAM PERANCIS
– termasuk gambar Najib dan Altantuya
– termasuk bil makan dalam restoran
– termasuk bil hotel
Kenyataan Media
23 November 2012
SAMM Cabar Kerajaan Bagi Laluan Peguam ‘Scorpene’ Perancis Masuk Malaysia
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengalu-alukan dan sedia menyambut kedatangan peguam Perancis ke Malaysia untuk merungkai isu pembelian kapal selam Scorpene dalam sebuah sesi taklimat khusus kepada ahli parlimen di Parlimen Malaysia. Ahli parlimen juga tanpa mengira warna kepartian harus bersama mendengar taklimat yang akan disampaikan kerana perkembangan isu Scorpene sangat penting.
Namun sehingga hari ini masih belum ada sebarang kata putus dari pihak Kerajaan Malaysia membenarkan atau tidak kemasukkan peguam Perancis untuk memberi taklimat mengenai skandal Scorpene. Sikap kerajaan yang membisu ini bukan sahaja menimbulkan lebih banyak persoalan malah menyebabkan persediaan untuk sesi taklimat yang telah diatur terganggu sehingga terpaksa ditangguh minggu depan.
SAMM sekali lagi ingin menegaskan sekiranya tiada berlaku rasuah atau apa jua kesalahan serius maka tiada sebab untuk peguam dari Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham dihalang untuk masuk ke negara ini. Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan takut sehingga peguam yang sama pernah diheret keluar dari negara ini pada 22 Julai tahun lalu?
SAMM dengan ini mencabar kerajaan Malaysia supaya berani atas nama kebenaran untuk memberi laluan kepada peguam Perancis ini masuk ke Malaysia. Kerajaan juga digesa untuk memberi jawapan kebenaran lebih awal, boleh atau tidak boleh? Kerajaan perlu berani dan jangan jadi penakut walaupun untuk katakan ‘tidak boleh’.
Untuk memastikan orang ramai mendapat first hand information SAMM akan menyediakan satu ruang awam untuk rakyat ikuti taklimat peguam Perancis di parlimen secara siaran langsung, akan dimaklum dalam sedikit masa. Selain itu, SAMM juga bercadang untuk membawa William Bourdon ke Jelajah Scorpene SAMM-Suaram siri ke-5 di Kuala Terengganu pada 30 November ini.