Rentak sumbang Perhimpunan Agung Umno


PAU2012

Mujahid Yusof Rawa, The Malaysian Insider

Pau yang tak menyengat

Perhimpunan Agung Umno senantiasa dinanti-nantikan kerana ia menjadi agenda nasional dan mendapat liputan meluas. Tidak seperti Perhimpunan Tahunan parti lain, tumpuan media adalah selektif mengikut selera tuan-tuan politik bagi memenuhi keperluan mereka. Namun begitu liputan berlebihan boleh “overkill” dari sudut komen yang melampau dengan pujian yang meleleh menyebabkan kita jadi muak.

Najib bukan lagi penyelamat

Di atas senarai pelakon utama ialah tidak lain tidak bukan Presiden Umno yang imejnya dicemari dengan berbagai isu sejak dia mula muncul jadi Presiden dan PM. Bermula dari isu Scorpene sejak beliau menjadi Menteri Pertahanan hinggalah kepada pembunuhan Altantuya, semuanya menjadi mimpi ngeri bagi Najib. Lebih ngeri ialah isteri Presiden Umno itu yang sering dianggap sebagai bebanan yang ditanggung oleh Umno.

Najib cuba menangkis semua imej buruk ini, walaupun dia mahu dikenali sebagai PM 1 Malaysia tetapi permasalahan yang melingkari dirinya lebih sensasi dari segala program tranformasinya. Najib berdiri di pentas perhimpunan Umno tempoh hari dengan membawa semua bebanan bagasi tentang dirinya dan isterinya walaupun media longkang arus perdana cuba meringankan imej itu.

Najib hambar

Medan perhimpunan sebesar dewan PWTC itu adalah cukup baik untuk seseorang menampilkan dirinya sebagai pemimpin parti Melayu No. 1 di Malaysia malah di dunia. Semangat ahli parti Melayu terbesar itu juga perlu diberi suntikan pada pertemuan itu kerana mereka dibelasah kiri kanan oleh rakyat yang dah mula bosan dengan pemimpin dan wakil rakyat Umno. Persepsi di bawah cukup jelas dan diterjemahkan dalam peti-peti undi PRU ke 12 baru-baru ini. Najib tidak bersembunyi dalam hal ini malah berulang kali menyebut dalam ucapannya tentang “Kekhilafan Umno” dan merayu jangan dihukum dalam PRU ke 13 nanti. 

Seorang wanita yang bertweeter dengan saya dari penyokong Umno turut menyambut seruan Najib dengan mengatakan “hukuman tlh ditunai dengan tumbangnya beberapa negeri kepada pr. Apakah itu x cukup lg Yb? Umno selalu cuba baiki keadaan”. Suasana yang cuba ditimbulkan oleh Najib dalam perhimpunan Umno ialah suasana menagih simpati dengan mengaku salah. Ini tidak baik pada saat Umno dicederakan dan suasana perhimpunan 3 hari itu menambahkan lagi garam pada luka orang-orang Umno. Seoalah-olah tidak cukup dengan luka lembu ketua wanitanya, Najib pula bernada pasif. Para pemerhati melihatnya sebagai nada seorang pemimpin yang sudah hilang daya juangnya. Kenyataan Najib mengiyakan tanggapan rakyat yang selama ini menganggap pembangkang memfitnah Umno dan Najib, rentak Najib cukup sumbang pada hari itu.

Deepak muncul

Nama Deepak sebelum ini dikaitkan dengan isu PI Bala di mana dia telah memberi sejumlah besar wang untuk PI Bala menukar kenyataan bersumpahnya yang mengaitkan penglibatan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya. Depaak muncul pada saat-saat kritikal Najib mahu memulihkan imejnya yang “suci” di hadapan perhimpunan Umno. Deepak mengakui “menolong” Rosmah dan apabila isu Altantuya mendapat tekanan dari PR, Deepak seolah mahu selamatkan dirinya dengan membuat pengakuan awal. Rentak Najib semakin sumbang dan plot semakin menarik.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...