Menyuluhi Musa Hassan: Apa Sebenarnya?


MOHD SAYUTI OMAR

Kemunculan secara aktif bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan bercakap mengenai beberapa tindakan jabatan atau pasukan yang pernah dipegangnya, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) ke belakangan ini menimbul sedikit tanda tanya. Apa lagi penglibatan beliau itu memberi kesan negatif kepada PDRM dan terutamanya mereka yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal polis.

Orang menjadi sasaran beliau ialah Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein sendiri. Kritikan itu dilihat sebagai satu keberanian yang pelik kerana jarang bekas pegawai tinggi kerajaan yang sedang menikmati kemudahan selepas bersara membuat kritikan terbuka seperti itu. Selalunya adalah sesuatu yang berlaku, pelik.. kerana kalau tidak masakan tempua bersarang rendah.

Musa Hassan

Apa ditimbulkan Musa kononnya Hishmuddin mencampuri urusan polis dengan memberi arahan kepada pegawai junior polis dan seorang ketua polis negeri melakukan sesuatu tanpa memaklumkan kepadanya. Perbuatan Hishamuddin itu dianggap mencampuri urusan polis dan salah mengikut akta polis.

Lantaran itu ada orang bertanggapan beliau berbuat begitu kerana dendam disebabkan kontreknya kali kedua sebagai KP tidak disambung oleh Hishmuddin. Bagaimana pun beliau menafikan, apa dilakukan untuk memperbetulkan sesuatu yang salah dalam pasukan itu demi menjad imej dan intergriti polis.

Pendirian dan pengakuan itu ada munasbaah dan boleh diterima. Tetapi ia tetap menjadi persaolan kenapa Musa tidak berbuat begitu semasa dia masih menjadi ketua polis? Apakah sekiranya dia sambung kontrek dia juga akan berdiam diri dan terus bersubahat dengan kekotoran itu? Kalau begitu adalah baik pegawai tinggi kerajaan tidak diberi kontrek (sambung jawatan) untuk menyaksikan berlaku pendedahan keburukan sesuatu jabatan?

Dalam hubungan di atas kalau difahami Musa tidak mengkritik PDRM tetapi mengkritik menteri yang menjaga hal ehwal dan urusan kepolisan negara. Ini juga menimbulkan tanda tanya, kenapa? Harus difahami Umno selain daripada sedang mengheret dada untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, parti itu juga akan berdepan dengan pemilihan pemimpin pada tahun depan.

Apakah Musa melakukan itu bagi mempastikan Hishmuddin terguling dari kedudukannya sebagai salah seorang Naib Presiden Umno kini. Bahawa Musa ada nawaitu memprojekkan seseorang untuk mengambil alih tempat itu atau memberi keselesaan kepada dua lagi Naib Presiden, Ahmad Zahid Hamidi dan Shafei Afdal?

Apakah Musa sedang berkempen untuk menyelamatkan Ahmad Zahidi Hamidi yang dikatakan kurang selamat sekiranya Muhyiddin Yassin menjadi Presiden akan datang, begitukah? Zahid kini sedang mencatur kedudukannya sendiri di dalam Umno yang semakin kabur kini.

Abdul Rahim Noor

Pastilah bila ada ubi tentu ada batasnya, bila ada budi pastilah ianya diharap atau fahm-faham agar dibalas. Mungkinkah ada kerjasama di antara Musa dengan Zahid dalam soal ini secara faham memahami? Oph… ini hanya andaian tetapi ada kemungkinan ia berlaku. Politik itu serba mungkin.

Juga, sebelum Musa membuat pendedahan yang boleh memburukkan reputasi Hishmuddin beliau telah melakukan sesuatu yang nmengejutkan orang ramai bila mana menarik balik saman malu ke atas Anwar Ibrahim tanpa semena-mena. Musa bertindak menyaman Anwar kerana menuduhnya mereka-reka fakta atau menyembunyikan fakta sebenar dalam siasatan kes mata lebam melibatkan Anwar.

Dalam satu laporan polis oleh Anwar terhadap Musa dan Peguam Negara, Abdul Ghani Petail, menuduh Musa bersubahat dengan Ghani melakukan kekejian itu. Laporan polis Anwar itu ekoran penemuan maklumat baru daripada bekas pegawai tinggi polis Mat Zain Ismail yang ketika itu menjadi ketua penyiasat kes itu. Bagaimana pun Musa menafikan dan merasa malu dengan tuduhan lantas mengemukakan saman kepada Anwar.

Menjeutkan seluruh umat, tiba-tiba saat kes itu hendak dibicarakan Musa menarik balik saman itu tanpa ada apa-apa perundingan ketat dengan Anwar terlebih dahulu? Tindakan Musa itu dianggap anih dan songsang dan ia mula menjadi perhatian umum. Tindakan Musa itu menyebabkan timbul berbagai andaian dan lenggang lengguk politik negara menjadi semakin menarik.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...