Abdul Hadi pertahankan amanatnya


(The Malaysian Insider) – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan ucapannya lebih 30 tahun lalu yang digelar sebagai “Amanat Haji Hadi” akan tetapi mahu diberikan peluang untuk menjelaskannya melalui siaran langsung televisyen untuk memulihkan keadaan.

“(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais (Yatim) tak nak bagi peluang (kepadanya menjelaskan perkara itu melalui siaran langsung RTM dan TV3).

“Itu hak dia, tetapi saya tetap dengan pendirian saya, supaya masyarakat berlaku adil kepada semua pihak. Hanya cara (memberi penjelasan melalui siaran langsung) itu boleh memulihkan keadaan, kerana kita (PAS) tiada media. Biar rakyat tahu dan jangan dengar sebelah pihak.

“Biar mereka nilai betul atau tidak. Televisyen perlu siarkan satu jam ucapan saya. Amanat itu pentingkan?” katanya dipetik dari portal berbahasa Melayu, Sinar Harian Online

Selain itu, Abdul Hadi (gambar) menjelaskan beliau tidak pernah melabelkan ucapan dan kenyataan yang dibuat di Kampung Dong Perada pada 7 April, 1981 itu sebagai Amanat Haji Hadi. 

“Saya tidak berikan nama amanat, tetapi orang lain yang berikan nama amanat. Mereka petik ucapan saya dan bentang dalam Dun (Dewan Undangan Negeri).

“Saya akui ia memang ucapan saya, tetapi mereka (pihak berkuasa) hanya senyap selepas itu. Itu ceritanya. Kenapa mereka tidak hujah pada masa itu, tetapi 30 tahun kemudian?” kata Ahli Parlimen Marang yang juga Adun Rhu Rendang.

Presiden PAS itu menyanggah kenyataan Rais yang memutuskan tidak akan melaksanakan cadangan untuk mengadakan forum bagi membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM sedangkan sebelum itu mengeluarkan kenyataan berbeza.

Abdul Hadi turut mengkritik Majlis Fatwa Kebangsaan kerana mengatakan ucapannya di Kampung Banggol Peradong pada tahun 1981 itu bercanggah dengan ajaran Islam.

“Saya tidak menerima apa-apa surat daripada Majlis Fatwa Kebangsaan (mengenai perkara itu) dan saya cabar mereka (membuktikan mereka ada menghantar kepada beliau surat mengenainya).

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...