Memang saya yang kirim SMS penafian ‘Black Rose’: Deepak


Menurut Deepak, Rafizi perlu mengaku siapa pihak ketiga yang dimaksudkan agar tidak menyusahkan pihak lain.

Perak Today

“YA, Kiriman SMS beberapa hari lalu kepada rakan-rakan media adalah dihantar oleh saya sendiri.”

Kontroversi yang melibatkan Peniaga Karpet, Deepak Jaikishan semakin hangat diperkatakan terutama dikalangan media-media siber puak pembangkan atau lebih khusus PKR.

Walaupun Deepak bukanlah individu yang menyokong BN atau UMNO khususnya, namun kenyataan beliau juga telah diputarbelitkan oleh beberapa pemimpin PKR.

Sehinggakan, wujud satu cerita yang mengatakan peniaga itu menerbitkan sebuah buku berjudul ‘Black Rose’ yang menceritakan mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkaitan kes pembunuhan Altantuya.

Situasi itu sememangnya menimbulkan syak wasangka kerana Deepak, sejak dari awal lagi bukanlah golongan pro-BN namun beliau kini seolah-olah telah disabotaj oleh pemimpin PKR.

Susulan kewujudan buku yang dikatakan diterbitkan oleh Deepak, satu kenyataan balas telah dibuat peniaga terbabit bagi merungkai kekeliruan yang timbul.

“Saya rasa ada pihak yang nak ambil kesempatan tentang perkara ini… saya nak tegaskan buku saya adalah sebuah novel dan nama-nama di dalam buku ini tidak menunjukkan mana-mana individu.

“Peguam dan kawan-kawan saya ada salinan buku itu dan buku saya bukan sampah seperti buku yang mereka katakan itu.

“Saya tahu ada pihak yang tidak berminat untuk mengetahui perkara sebenar malah individu terbabit cuba menghalang saya dari menyatakan kebenaran.

“Saya sendiri tidak faham kenapa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli boleh mengemukakan bukti kononya ada dokumen… fakta mana yang dia dapat ni,” katanya dalam sidang media petang tadi.

Justeru, kini Deepak mencabar Rafizi supaya mengemukakan bukti bahawa terdapat pihak ketiga yang menyerahkan dokumen berkaitan transaksi pembelian barang kemas yang mengaitkan Rosmah.

Menurut Deepak, Rafizi perlu mengaku siapa pihak ketiga yang dimaksudkan agar tidak menyusahkan pihak lain.

“Bila perkara ini berlaku mulalah ada pihak yang kata ada orang UMNO di belakang saya atau saya telah dibayar oleh individu lain untuk menjatuhkan Rosmah.

“Apa ni… Im Not For Sale, saya sumpah tidak ada orang UMNO di belakang saya.

Terdahulu, laporan MalaysiaKini menyatakan perlancaran buku ‘Black Rose’, satu siri buku yang dijanjikan oleh ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan yang mengisahkan persengketaan beliau dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Difahamkan Siri pertama – Black Rose 1.0 – telah diedarkan kepada media malam ini dalam bentuk e-buku setebal 26 halaman dengan pengarangnya dinyatakan sebagai ‘Spirit of Altantuya’.

Lantas, Deepak telah menafikan pelancaran buku tersebut dikeluarkan olehnya melalui SMS kepada semua media dan meminta namanya dikeluarkan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...